- Siapakah yang layak terhadap Kempen Sambungan SIM Percuma Belajar Dari Rumah?
Pelanggan yang telah melanggani Program Pendidikan Atas Talian Prabayar SIM YES Untuk Institusi Pelajaran Tinggi, Program Pendidikan Atas Talian Prabayar SIM YES Untuk Sekolah Menengah Cina Bebas dan Program Pendidikan Atas Talian Prabayar SIM YES adalah layak untuk menyertai Kempen Sambungan SIM Percuma Belajar Dari Rumah (“Pelanggan Yang Layak”). - Bagaimanakah saya boleh menyertai Kempen Sambungan SIM Percuma Dari Rumah?
Anda dikehendaki untuk melengkapkan borang yang tersedia-ada di atas talian di:-
(i) https://rma.yes.my/Govt berkenaan dengan Pelanggan Yang Layak di bawah Program Pendidikan Atas Talian Prabayar SIM YES;
(ii) https://rma.yes.my/ICSS berkenaan dengan Pelanggan Yang Layak di bawah Program Pendidikan Atas Talian Prabayar SIM YES Untuk Sekolah Menengah Cina Bebas; atau
(iii) https://rma.yes.my/Uni berkenaan dengan Pelanggan Yang Layak di bawah Program Pendidikan Atas Talian Prabayar SIM YES. - Apakah tawaran perkhidmatan di bawah Kempen Pengekalan Telefon Percuma Belajar Dari Rumah?
Tawaran perkhidmatan di bawah Kempen Pemgekalan Telefon Percuma Belajar Dari Rumah adalah data 7GB Data LTE (“Data Percuma“) bagi setiap Tempoh Sah Perkhidmatan di dalam Tempoh Kempen. Sila rujuk kepada Klausa 5 Terma dan Syarat Kempen Sambungan SIM Percuma Belajar Dari Rumah untuk penjelasan lanjut berkenaan dengan tawaran prkhidmatan. - Adakah saya perlu menebus Data Percuma secara manual?
Tidak, anda tidak perlu menebus Data Percuma secara manual memandangkan Data Percuma akan dikreditkan secara otomatik ke dalam akaun Prabayar anda. Pada bulan pertama penyertaan Pelanggan Yang Layak ke dalam Kempen Sambungan SIM Percuma Belajar Dari Rumah, Data Percuma akan dikreditkan ke dalam akaun Prabayar:-
(a) berkenaan dengan akaun Perkhidmatan yang masih di dalam Tempoh Sah Akaun, Data Percuam akan dikreditkan kepada anda setelah tamat data Internet 40GB yang dinikmati oleh anda di bawah Pelan Perkhidmatan Sedia-ada; atau
(b) berkenaan dengan Tempoh Sah Akaun Perkhidmatan yang telah luput tetapi masih di dalam “Grace Period”, Data Percuma akan dikreditkan di dalam akaun Perkhidmatan anda pada hari berikutan dengan hari anda memilih Kempen Sambungan SIM Percuma Belajar Dari Rumah. - Saya telah menerima SIM percuma, bagaimanakah saya mengaktifkannya dan menggunakan data 40GB saya dengan segera?
Anda boleh mengaktifkan Kad SIM anda dengan mengikuti Langkah-langkah yang berikut:-
(i) Log masuk ke aplikasi MyYes;
(ii) Di bawah Akses Pantas, tekab butang “ktif SIM dan ikuti langkah-langkah pengaktifan diri di skrin; dan
(iii) Sebaik sahaja pengaktifan anda berjaya, anda boleh log masuk ke akaun perkhidmatan melalui nombor telefon dan kata laluan yang dihantar ke e-mel anda. Anda juga boleh log masuk menggunakan kaedah TAC sekiranya tidak menemui kata laluan anda. - Adakah tempoh tertentu untuk mengaktifkan Kad SIM?
Setelah menerima Kad SIM yang baru, Pelanggan yang Layak diminta untuk mengaktifkan Kad SIM dalam jangka masa enam (6) bulan dari tarikh pengeluaran Kad SIM oleh YTLC, jika tidak Kad SIM tidak lagi boleh diaktifkan dan tiada penggantian Kad SIM akan diberikan.