- Siapakah yang layak terhadap Kempen Pengekalan Telefon Percuma Belajar Dari Rumah?Pelanggan Pelan Telefon Percuma Belajar Dari Rumah adalah layak untuk Kempen Pengekalan Telefon Percuma Belajar Dari Rumah.
- Bagaimanakah saya boleh menyertai Kempen Pengekalan Telefon Percuma Dari Rumah?Lengkapkan borang yang tersedia atas talian di Kempen Pengekalan Telefon Belajar Dari Rumah dengan memberikan maklumat yang diperlukan.
- Apakah tawaran perkhidmatan di bawah Kempen Pengekalan Telefon Percuma Belajar Dari Rumah?
Tawaran perkhidmatan adalah data 5GB Data LTE dan panggilan suara di luar rangkaian 60 minit secara percuma (“Data dan Panggilan Suara Percuma”) bagi setiap Tempoh Sah Perkhidmatan di dalam Tempoh Kempen. Sila rujuk kepada Klausa 5.2 dan Klausa 5.3 Terma dan Syarat Kempen Pengekalan Telefon Percuma Belajar Dari Rumah untuk penjelasan lanjut berkenaan dengan tawaran prkhidmatan. - Adakah saya perlu menebus Data dan Panggilan Suara Percuma secara manual?
Tidak, anda tidak perlu menebus Data Percuma dan Panggilan Suara Percuma secara manual. Sebaliknya, Data Percuma dan Panggilan Suara Percuma akan dikreditkan secara otomatik ke dalam akaun Prabayar anda. Pada bulan pertama penyertaan Pelanggan Yang Layak ke dalam Kempen Pengekalan Telefon Percuma Belajar Dari Rumah, Data Percuma dan Panggilan Suara Percuma akan dikreditkan ke dalam akaun Prabayar di mana:-- berkenaan dengan Pelanggan Yang Layak yang memilih Kempen Pengekalan Telefon Percuma Belajar Dari Rumah di dalam Tempoh Sah Akaun, selepas tarikh tamat data Internet di bawah Pelan Telefon Percuma Belajar Dari Rumah; atau
- berkenaan dengan Pelanggan Yang Layak yang memilih Kempen Pengekalan Telefon Percuma Belajar Dari Rumah, setelah tamat Tempoh Sah Akaun Perkhidmatan tetapi masih di dalam “Grace Period”, pada hari berikutan dengan hari pemilihan Kempen Pengekalan Telefon Percuma Belajar Dari Rumah; atau
- berkenaan dengan Pelanggan Yang Layak yang meminta Kad SIM baru, selepas pengaktifan Kad SIM menurut Terma & Syarat Kempen.
- Saya telah menerima SIM percuma, bagaimanakah saya mengaktifkannya dan menggunakan data saya dengan segera?
Setelah menerima SIM percuma, Pelanggan yang Layak hendaklah mengaktifkan Kad SIM dengan log masuk ke aplikasi MyYes app, pergi ke Akses Pantas, klik pada “Aktifkan SIM” dan ikuti langkah-langkah pengaktifan diri pada skrin. - Adakah terdapat sebarang tempoh tertentu untuk mengaktifkan Kad SIM?
Pelanggan yang Layak yang memilih Kad SIM baru hendaklah mengaktifkan Kad SIM dalam jangka masa enam (6) bulan dari tarikh pengeluaran Kad SIM oleh YTLC, jika gagal, Kad SIM tidak lagi boleh diaktifkan dan tiada penggantian Kad SIM akan diberikan.