- Apakah Pelan Perkhidmatan Jalur Lebar Wayarles Yes?
Pelan Perkhidmatan Jalur Lebar Wayarles Yes akan memperkasakan rumah anda dengan pengalaman internet yang pantas untuk penggunaan data tanpa had, pembelajaran di rumah dan meningkatkan produktiviti kerja dari rumah, serta keseronokan dan juga hiburan. *Tertakluk pada terma dan syarat. - Apakah syarat umur minimum untuk pendaftaran bagi Pelan Perkhidmatan Jalur Lebar Wayarles Yes?
Anda mesti berumur 18 tahun dan ke atas untuk melanggan Pelan Perkhidmatan Jalur Lebar Wayarles Yes. - Sebagai warga asing, bolehkah saya melanggan bagi Pelan Perkhidmatan Jalur Lebar Wayarles Yes?
Ya, anda boleh melanggan Pelan Perkhidmatan Jalur Lebar Wayarles Yes. Walau bagaimanapun, akan terdapat deposit sebanyak RM200 bagi warga asing. - Apakah tawaran Pelan Perkhidmatan Jalur Lebar Wayarles Yes?
Tawaran perkhidmatan Pelan Perkhidmatan Jalur Lebar Wayarles Yes adalah seperti yang dinyatakan di bawah;Nama Pelan Yes Wireless Fibre 120Mbps* Harga Peranti Percuma Harga Peranti (RRP) RM1199 Yuran Komitmen Bulanan RM148
(RM156.88 termasuk SST)Kontrak 24 bulan Data Data:
5G Tanpa Had
150GB500GB 4G**
Kelajuan:
5G Tanpa Had (Kelajuan penuh)
4G Tanpa Had (Sehingga 500GB)Pembayaran Pendahuluan Pelan RM148
(RM156.88 termasuk SST)
(rebat pada bulan yang pertama)Pembayaran Pendahuluan (Peranti) – Yuran Pengaktifan – Jumlah Pembayaran Semasa Pendaftaran RM148
(RM156.88 termasuk SST)Deposit Warga Asing RM200 *Berkuat kuasa 25 Ogos 2023, kelajuan data 5G tidak lagi berada pada 120 mbps tetapi kini tanpa batasan.
**Bermula 13 Disember 2024, data 4G ditingkatkan dari 150GB ke 500GB. Bagi semua pelanggan sedia ada, akan dinaik taraf ke data kuota yang baru secara automatik. - Di manakah saya boleh mendaftar untuk Pelan Perkhidmatan Jalur Lebar Wayarles Yes?
Anda boleh membeli Pelan Perkhidmatan Jalur Lebar Wayarles Yes melalui laman web Yes @ www.yes.my, pada aplikasi MyYes, di mana-mana Kedai/Kiosk Yes kami atau melalui Rrakan niaga Yes. - Bolehkah saya mendaftar lebih daripada satu (1) Pelan Perkhidmatan Jalur Lebar Wayarles Yes?
Anda boleh melanggan satu atau lebih Pelan Perkhidmatan Jalur Lebar Wayarles Yes dengan syarat bahawa anda tidak mempunyai, secara agregat, lebih daripada lima belas (15) Pelan Perkhidmatan Pascabayar yang berdaftar dengan Kami pada satu masa. - Adakah Pelan Perkhidmatan Jalur Lebar Wayarles Yes disertakan dengan perkhidmatan suara atau SMS
Pelan ini tidak menyokong Panggilan dan SMS. Pelan Perkhidmatan Jalur Lebar Wayarles Yes adalah untuk penggunaan data sahaja. - Adakah saya perlu mengaktifkan kad SIM dengan serta-merta selepas penerimaan Kad SIM, atau bolehkah saya berbuat demikian pada bila-bila masa?
Anda dinasihati untuk melakukan pengaktifan Kad SIM dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh anda menerima Kad SIM. Kegagalan untuk berbuat demikian, Kad SIM anda akan diaktifkan secara automatik selepas tujuh (7) hari dari tarikh anda menerima Kad SIM. - Bagaimanakah saya boleh mengaktifkan kad SIM saya untuk Pelan Perkhidmatan Jalur Lebar Wayarles Yes?
Langkah 1
Muat turun aplikasi MyYes, buka aplikasi dan klik pada “Pengguna Baru”
Langkah 2
Klik pada “Aktifkan SIM”, kemudian “Mula”
Langkah 3
Imbas kod bar yang terdapat di belakang SIM atau masukan nombor siri 19 digit SIM anda secara manual
Langkah 4
Terima nombor yang diberikan dan klik “Seterusnya”
Langkah 5
Lengkapkan pengaktifan anda dengan mengikuti langkah-langkah untuk melakukan eKYC dan pengesahan ID anda.
Langkah 6
Mesej pengesahan pengaktifan anda akan dihantar setelah pengesahan diri selesai. - Bolehkah saya menggunakan kad SIM bagi Pelan Perkhidmatan Jalur Lebar Wayarles Yes 5G ke dalam telefon pintar saya?
Kad SIM bagi Pelan Perkhidmatan Jalur Lebar Wayarles Yes 5G tidak boleh digunakan ke dalam telefon pintar. - Saya merupakan pelanggan Yes. Bolehkah saya mengekalkan nombor sedia ada Yes saya dan melanggan untuk Pelan Perkhidmatan Jalur Lebar Wayarles Yes?
Tidak. Pelan Perkhidmatan Jalur Lebar Wayarles Yes adalah untuk pendaftaran yang baru. - Bagaimanakah saya boleh menyemak penggunaan data saya atau membuat pembayaran bil untuk Pelan Perkhidmatan Jalur Lebar Wayarles Yes saya?
Anda boleh menyemak baki data anda melalui Khidmat pelanggan YesCare di yescare@yes.my untuk penggunaan data (4G+5G).
Untuk membuat pembayaran bil boleh dilakukan melalui aplikasi MyYes atau boleh merujuk Kaedah Pembayaran Yes untuk maklumat yang lebih lanjut. - Apakah jaminan bagi tahap kelajuan Pelan Perkhidmatan Jalur Lebar Wayarles Yes yang disediakan?
Tahap kelajuan yang disediakan adalah berdasarkan “best effort”. - Bagaimana jika kawasan saya tidak berada di dalam liputan rangkaian 5G?
Liputan 5G kini semakin berkembang dan mendapat liputan yang meluas. Sekiranya kawasan anda tidak berada di dalam liputan rangkaian 5G, Anda masih boleh terus menikmati sambungan dan perkhidmatan rangkaian Yes 4G. - Apakah tempoh waranti untuk peranti dan aksesori Yes 5G Infinite Gateway?
Tempoh waranti standard untuk peranti adalah 12 bulan dan peranti aksesori adalah 6 bulan. - Bagaimanakah cara untuk saya menuntut waranti jika peranti Yes 5G Infinite Gateway yang saya beli rosak?
Kunjungi ke Kedai Yes terdekat untuk melakukan pertukaran “One to One” dengan syarat peranti masih di dalam tempoh waranti. Bagaimanapun, anda perlu membeli peranti yang baru pada harga RM1199 jika peranti itu tidak lagi di bawah waranti. - Berapa ramai pengguna yang boleh membuat penyambungan ke peranti Yes 5G Infinite Gateway pada satu masa?
Peranti Yes 5G Infinite Gateway boleh menyokong sehingga 32 peranti bagi setiap SSID. - Bagaimanakah cara untuk saya memasang peranti Yes 5G Infinite Gateway?
i.) Buka penutup slot SIM
ii.) Masukan Kad SIM ke dalam slot SIM seperti yang langkah yang diberikan. Untuk mengeluarkan SIM, tolakan bahagian tepi SIM ke dalam dan SIM akan dikeluarkan (Sila pastikan anda menggunakan SIM Standard dan bukan SIM Mikro atau Nano)
iii.) Tutup penutup SIM
iv.) Sambungkan kabel anda ke soket dinding
v.) Sambungkan penyesuai kuasa ke port 12V pada peranti
vi.) Gunakan port LAN untuk menyambungkan peranti berwayar anda melalui kabel Ethernet
vii.) Untuk penyambungan menggunakan WiFi, imbas nama SSID WiFi label peranti dan masukan kata laluan
*Untuk maklumat yang lebih lanjut anda boleh merujuk kepada peranti Yes 5G Infinite Gateway. - Adakah peranti Yes 5G Infinite Gateway menyokong CCTV?
Ya Yes 5G Infinite Gateway menyokong Kamera IP dengan Wi-Fi dan juga CCTV berasaskan atas talian. - Adakah bayaran penalti akan dikenakan jika saya memutuskan untuk menamatkan langganan saya dalam tempoh kontrak?
Jika Anda menamatkan Pelan Perkhidmatan Jalur Lebar Wayarles Yes semasa Tempoh Kontrak, Anda akan tertakluk pada Caj Penamatan Awal (“ETC”). - Apakah Polisi Pemulangan 7 Hari?
Polisi Pemulangan 7 Hari adalah untuk pelanggan Pelan Perkhidmatan Jalur Lebar Wayarles Yes yang ingin membatalkan kontrak dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh pengaktifan SIM. *Tertakluk pada terma dan syarat. - Bagaimanakah cara untuk saya membatalkan langganan saya di dalam tempoh Polisi Pemulangan 7 Hari untuk Pelan Perkhidmatan Jalur Lebar Wayarles Yes?
Anda boleh berbuat demikian dengan mengunjungi Kedai Yes jika memenuhi syarat-syarat seperti di bawah;
(i) Anda tidak mempunyai sambungan, atau Perkhidmatan internet adalah lambat di premis berdaftar Anda; dan
(ii) Penggunaan data anda di premis yang berdaftar adalah kurang daripada 10GB (4G + 5G); dan
(iii) Permintaan pembatalan anda dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh pengaktifan SIM Anda; dan
(iv) Anda mengembalikan set Peranti yang lengkap (termasuk peranti Yes 5G Infinite Gateway, kord kuasa dan Panduan Pengguna) dalam keadaan yang baik.
*Tertakluk pada terma dan syarat. - Bagaimana jika saya mempunyai lebih banyak soalan yang tidak ditangani dalam Soalan Lazim ini?
Anda boleh menghantarkan soalan anda ke yescare@yes.my. Sebagai alternatif, anda boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery, untuk berhubung melalui aplikasi MyYes dan berbual dengan Chatbot Sofia.