- Apakah Pakej P-Hailing RAHMAH?
Pakej P-Hailing RAHMAH adalah tawaran istimewa Pelan Pascabayar (Postpaid) khusus untuk semua pemandu & penunggang P-Hailing berwarganegara Malaysia. Pakej ini adalah hasil kerjasama strategik di antara YTL Communications (Yes) dan 16 penyedia platform P-Hailing di Malaysia yang berkenaan bertujuan bagi menghargai jasa para pemandu & penunggang P-Hailing. - Siapakah yang layak untuk melanggani Pakej P-Hailing RAHMAH?
Pelan Pakej P-Hailing RAHMAH ini terbuka kepada semua pemandu & penunggang P-Hailing berwarganegara Malaysia di bawah syarikat P-Hailing yang terlibat di Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas. - Bagaimanakah saya boleh memohon Pakej P-Hailing RAHMAH?
Anda boleh memohon pakej ini melalui laman web Bisnes Yes Di Sini, Yes Online Store (www.yes.my), aplikasi MyYes, Yes Stores atau Rakan Niaga Yes. - Apakah tempoh pendaftaran bagi Pakej P-Hailing RAHMAH?
Tempoh pendaftaran Pakej bermula dari 23 Januari 2023 sehingga 31 Mac 2024. - Adakah terdapat sebarang tempoh kontrak jika saya melanggan Pakej P-Hailing RAHMAH?
Pakej ini adalah berdasarkan pelan pilihan anda. Anda boleh merujuk Laman Web Bisnes Yes untuk maklumat yang lebih lanjut. - Apakah tawaran bagi Pakej P-Hailing RAHMAH?
Anda boleh melayari Laman Web Bisnes Yes untuk maklumat yang lanjut. Selepas pendaftaran bagi pelan pilihan, anda adalah tertakluk pada terma dan syarat pelan Yes yang boleh dirujuk di laman web Yes Di Sini. - Apakah senarai syarikat P-Hailing yang boleh melanggan Pakej ini?
i) FoodPanda;
ii) Grab;
iii) Bungkusit;
iv) Halo Delivery;
v) iHantar;
vi) Lalamove;
vii) MatDespatch;
viii) Parcel365;
ix) RideRunner;
x) Shopee;
xi) Fasz Food;
xii) Lazada Logistics;
xiii) Belibeli;
xiv) iGoGet;
xv) GoGet; dan
xvi) GoLog. - Bolehkah saya menggunakan nombor telefon sedia ada dari syarikat telekomunikasi yang lain dengan Pakej P-Hailing RAHMAH?
Sudah tentu! Anda boleh tukar ke Yes dengan nombor sedia ada, semasa atau selepas pengaktifan SIM. Sila rujuk pada Kekalkan Nombor Anda untuk maklumat yang lebih lanjut. - Saya telah menerima kad SIM 5G. Bagaimanakah untuk saya mengaktifkan kad SIM saya?
Sila rujuk Cara Mengaktifkan SIM untuk maklumat yang lebih lanjut. - Bagaimana jika saya mempunyai lebih banyak soalan yang tidak ditangani dalam Soalan Lazim ini?
Kami sedia untuk membantu! Sila hubungi YesCare di yescare@yes.myuntuk sebarang pertanyaan. Anda juga boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Gedung Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery untuk bersembang bersama Chatbot kami, Sofia atau menghantarkan soalan anda ke pusat perkhidmatan pelanggan dengan mencipta tiket dalam Aplikasi MyYes anda di bawah Akses Pantas dan klik pada ikon “YesCare”