- Apakah Pelan Perkhidmatan bundel Jalur Lebar Wayarles Yes?
Pelan Perkhidmatan Wayarles Yes akan memperkasakan rumah anda dengan pengalaman internet yang pantas untuk penggunaan data tanpa had, pembelajaran di rumah dan meningkatkan produktiviti kerja dari rumah, serta keseronokan dan juga hiburan. Pelan Pascabayar Perkhidmatan Bundel Jalur Lebar Wayarles Yes terdiri daripada satu (1) Pelan Perkhidmatan Jalur Lebar Wayarles Yes dan dua (2) talian tambahan Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite Basic untuk pelan mudah alih. *Tertakluk kepada terma dan syarat. - Apakah syarat umur minimum untuk mendaftar untuk Pelan Perkhidmatan bundel Jalur Lebar Wayarles Yes?
Anda mesti berumur 18 tahun dan ke atas untuk melanggan Pelan Perkhidmatan Bundel Jalur Lebar Wayarles Yes. - Sebagai warga asing, bolehkah saya melanggan Pelan Perkhidmatan bundel Jalur Lebar Wayarles Yes?
Ya, anda boleh melanggan Pelan Perkhidmatan Bundel Jalur Lebar Wayarles Yes. Walau bagaimanapun, akan terdapat deposit sebanyak RM200 bagi warga asing. - Apakah tawaran Pelan Perkhidmatan bundel Jalur Lebar Wayarles Yes?
Tawaran perkhidmatan di bawah Pelan Perkhidmatan bundel Wayarles Yes seperti di bawah:Nama Pelan Yes Wireless Fibre 120Mbps bundel Harga Peranti Percuma Harga Peranti (RRP) RM1199 Yuran Komitmen Bulanan RM229 Kontrak 24 bulan Data(5G) Data dan kelajuan 5G tanpa batasan
(perkongsian hotspot)Data (4G) Kelajuan 4G tanpa batasan (hingga 150GB data)
(perkongsian hotspot)Pembayaran Pendahuluan Pelan RM229
(RM242.74 termasuk SST)
(rebat pada bulan yang pertama)Pembayaran Pendahuluan (Peranti) – Yuran Pengaktifan – Jumlah Pembayaran Semasa Pendaftaran RM229
(RM242.74 termasuk SST)Deposit Warga Asing RM200 Terdapat dua (2) Talian Tambahan di bawah Pelan Perkhidmatan bundel Jalur Lebar Wayarles Yes seperti di bawah:
Nama Pelan Infinite Basic_s Yuran Komitmen Bulanan RM0 Data (4G/5G) Tanpa Had Panggilan Domestik Luar Rangkaian Yes Tanpa Had Panggilan Domestik bagi Rangkaian Yes Tanpa Had SMS bagi Rangkaian Yes Tanpa Had SMS Luar Rangkaian Yes RM 0.09 setiap SMS Hotspot (5G/4G) 20GB - Di manakah saya boleh mendaftar untuk Pelan Perkhidmatan bundel Jalur Lebar Wayarles Yes
Anda boleh membeli Pelan Perkhidmatan bundel Jalur Lebar Wayarles Yes melalui laman web Yes @ www.yes.my, pada aplikasi MyYes, di mana-mana Kedai/Kiosk Yes kami atau melalui pengedar Yes kami. - Bolehkah saya mendaftar lebih daripada satu (1) Pelan Perkhidmatan bundel Jalur Lebar Wayarles Yes?
Anda boleh melanggan satu atau lebih Pelan Perkhidmatan bundel Jalur Lebar Wayarles Yes dengan syarat Anda tidak mempunyai, secara agregat, lebih daripada lima belas (15) Pelan Perkhidmatan Pascabayar yang berdaftar dengan Kami. - Mengapa saya menerima Tiga (3) Kad SIM selepas membeli Pelan Perkhidmatan bundel Jalur Lebar Wayarles Yes?
Di bawah Pelan Perkhidmatan bundel Jalur Lebar Wayarles Yes, Anda akan mendapat tiga (3) Kad SIM dimana Satu (1) Kad SIM adalah untuk Prinsipal untuk digunakan di dalam peranti Yes 5G Infinite Gateway dan dua (2) Kad SIM adalah bagi Talian Tambahan untuk kegunaan telefon pintar. - Bagaimanakah saya boleh mengaktifkan kad SIM saya untuk Pelan Perkhidmatan bundel Jalur Lebar Wayarles Yes?
Langkah 1
Pilih satu (1) SIM daripada tiga (3) Kad SIM yang diterima. Kad SIM pertama adalah SIM 1 Utama yang perlu dimasukkan ke dalam peranti Yes 5G Infinite Gateway anda. Dua (2) Kad SIM yang lain (SIM 2 & SIM 3) akan menjadi kad SIM bagi talian tambahan anda yang perlu dimasukkan ke dalam peranti mudah alih yang disokong.
Langkah 2
Muat turun aplikasi MyYes, buka aplikasi dan klik pada “Pengguna Baru”.
Langkah 3
Klik pada “Aktifkan SIM”, kemudian “Mula”.
Langkah 4
Imbas kod bar yang terdapat di belakang SIM atau masukan 19 digit nombor siri SIM anda secara manual.
Langkah 5
Terima nombor yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
Langkah 6
Lengkapkan pengaktifan SIM 1 Utama anda dengan mengikuti langkah eKYC bagi pengesahan ID dan pengecaman wajah.
Langkah 7
Seterusnya, pengaktifan SIM 2 bagi talian tambahan anda, pada skrin pemilihan nombor klik “Pilih” dan “Teruskan” untuk melengkapkan pengaktifan SIM. Sila ulangi langkah yang sama untuk pengaktifan SIM 3.
Langkah 8
Pengesahan mesej pengaktifan anda akan dihantar setelah proses pengesahan selesai. - Bagaimanakah untuk saya mengetahui kad SIM yang manakah akan menjadi nombor Prinsipal saya?
Kad SIM pertama yang diaktifkan akan menjadi nombor Prinsipal anda yang perlu digunakan dalam peranti Yes 5G Infinite Gateway dan dua (2) kad SIM adalah Talian Tambahan anda. - Bolehkah saya menukarkan Talian Tambahan saya menjadi akaun Prinsipal Pelan Perkhidmatan Pascabayar?
Tidak. - Saya adalah pelanggan Yes. Bolehkah saya mengekalkan nombor Yes saya yang sedia ada dan melanggan Pelan Perkhidmatan bundel Jalur Lebar Wayarles Yes?
Tidak, Pelan Perkhidmatan bundel Jalur Lebar Wayarles Yes adalah untuk pendaftaran pelanggan yang baru mendaftar. - Bolehkah saya membuat pertukaran talian masuk (Port in) ke Pelan Perkhidmatan bundel Jalur Lebar Wayarles Yes?
Tidak, Pelan Perkhidmatan bundel Jalur Lebar Wayarles Yes adalah untuk pendaftaran pelanggan yang baru mendaftar. - Apakah yang akan berlaku jika saya menamatkan Talian Prinsipal (Utama) dan Talian Tambahan di bawah Pelan Perkhidmatan bundel Jalur Lebar Wayarles Yes?
Selepas penamatan semua talian, caj Anda akan dikira pro rata untuk tempoh penggunaan dan ini adalah tambahan ke atas jumlah bil yang tertunggak (jika ada) kepada Yes. Sekiranya, anda berada di bawah kontrak, Anda juga akan dikenakan caj penamatan awal. - Adakah Pelan Perkhidmatan bundel Jalur Lebar Wayarles Yes disertakan dengan perkhidmatan suara atau SMS?
Ya, untuk Talian Tambahan di bawah Pelan Perkhidmatan bundel Jalur Lebar Wayarles Yes adalah untuk penggunaan telefon pintar yang menyokong Panggilan dan SMS, sila rujuk tawaran pada Soalan Lazim 4 untuk maklumat yang lebih lanjut.
Walau bagaimanapun, harap maklum, Talian Prinsipal (Utama) bagi Pelan Perkhidmatan bundel Jalur Lebar Wayarles Yes adalah hanya untuk digunakan bagi peranti Yes 5G Infinite Gateway yang menyokong penggunaan data sahaja. - Adakah saya perlu mengaktifkan kad SIM dengan serta-merta selepas penerimaan, atau bolehkah saya berbuat demikian pada masa akan datang?
Anda dinasihati untuk melakukan pengaktifan Kad SIM dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh anda menerima Kad SIM. Kegagalan untuk berbuat demikian, Kad SIM anda akan diaktifkan secara automatik selepas tujuh (7) hari dari tarikh anda menerima Kad SIM. - Bolehkah saya menggunakan Pelan Perkhidmatan bundel Jalur Lebar Wayarles 5G Yes di dalam telefon pintar saya?
Untuk Talian Prinsipal (Utama), Kad SIM 5G hanya dibenarkan untuk digunakan ke dalam peranti Yes 5G Infinite Gateway.
Bagi Kad SIM 5G untuk Talian Tambahan merupakan pelan mudah alih, hanya untuk kegunaan telefon pintar. - Bagaimanakah cara untuk saya menyemak penggunaan data atau membuat pembayaran bil untuk Pelan Perkhidmatan bundel Jalur Lebar Wayarles Yes?
Anda boleh menyemak baki data anda atau membuat pembayaran bil melalui aplikasi MyYes. Anda juga boleh merujuk Kaedah Pembayaran Yes untuk maklumat yang lebih lanjut. - Bolehkah saya menaik taraf Pelan Perkhidmatan bundel Jalur Lebar Wayarles Yes kepada kadar pelan yang lebih tinggi dalam tempoh kontrak?
Tidak, naik taraf bagi tidak dibenarkan buat masa sekarang. - Apakah tahap kelajuan Pelan Perkhidmatan bundel Jalur Lebar Wayarles Yes yang disediakan oleh Yes?
Tahap kelajuan disediakan berdasarkan “best effort”. - Bagaimana jika kawasan saya tidak berada di dalam liputan rangkaian 5G?
Liputan 5G kini semakin berkembang dan mendapat liputan yang meluas. Sekiranya kawasan anda tidak berada di dalam liputan rangkaian 5G, Anda masih boleh terus menikmati sambungan dan perkhidmatan rangkaian Yes 4G. - Apakah tempoh waranti untuk peranti dan aksesori Yes 5G Infinite Gateway?
Tempoh waranti standard untuk peranti adalah 12 bulan dan peranti aksesori adalah hanya 6 bulan. - Bagaimanakah cara untuk saya menuntut waranti jika peranti Yes 5G Infinite Gateway yang saya beli rosak?
Kunjungi Kedai Yes terdekat untuk melakukan pertukaran “One to One” dengan syarat peranti masih di dalam tempoh waranti. Bagaimanapun, anda perlu membeli peranti yang baru pada harga RM1199 jika peranti itu tidak di bawah waranti. - Berapa ramai pengguna yang boleh membuat penyambungan ke peranti Yes 5G Infinite Gateway pada satu masa?
Peranti Yes 5G Infinite Gateway boleh menyokong sehingga 32 peranti bagi setiap SSID. - Bagaimanakah cara untuk saya memasang peranti Yes 5G Infinite Gateway?
i.) Buka penutup slot SIM
ii.) Masukan Kad SIM ke dalam slot SIM seperti yang langkah yang diberikan. Untuk mengeluarkan SIM, tolakan bahagian tepi SIM ke dalam dan SIM akan dikeluarkan (Sila pastikan anda menggunakan SIM Standard dan bukan SIM Mikro atau Nano)
iii.) Tutup penutup SIM
iv.) Sambungkan kabel anda ke soket dinding
v.) Sambungkan penyesuai kuasa ke port 12V pada peranti
vi.) Gunakan port LAN untuk menyambungkan peranti berwayar anda melalui kabel Ethernet
vii.) Untuk penyambungan menggunakan WiFi, imbas nama SSID WiFi label peranti dan masukan kata laluan*Untuk maklumat yang lebih lanjut anda boleh merujuk kepada peranti Yes 5G Infinite Gateway - Adakah peranti Yes 5G Infinite Gateway menyokong CCTV?
Ya Yes 5G Infinite Gateway menyokong Kamera IP dengan Wi-Fi dan juga CCTV berasaskan atas talian. - Adakah bayaran penalti akan dikenakan jika saya memutuskan untuk menamatkan langganan saya dalam tempoh kontrak?
Jika Anda menamatkan Pelan Perkhidmatan bundel Jalur Lebar Wayarles Yes semasa Tempoh Kontrak, Anda akan tertakluk pada Caj Penamatan Awal (“ETC”). - Bolehkah saya membuat pertukaran talian (Port In) ke Talian Tambahan Yes di bawah Pelan Perkhidmatan Bundel Jalur Lebar Wayarles Yes?
Ya, Anda boleh membuat pertukaran talian (Port In) bagi Talian Tambahan di bawah Pelan Perkhidmatan bundel Jalur Lebar Wayarles Yes. - Bagaimana untuk saya membuat pertukaran talian (Port In) untuk Talian Tambahan di bawah Pelan Perkhidmatan Bundel Jalur Lebar Wayarles Yes?
Sila kunjungi Kedai Yes terdekat kami, Pengedar Sah Yes Sah atau melalui aplikasi MyYes untuk sebarang pertukaran talian (Port In) bagi Talian Tambahan di bawah Pelan Perkhidmatan Bundel Jalur Lebar Wayarles Yes. - Adakah saya akan terikat dengan sebarang tempoh kontrak jika saya melanggan Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite di bawah Pelan Perkhidmatan Bundel Jalur Lebar Wayarles Yes?
Tidak, anda tidak akan terikat dengan kontrak apabila Anda melanggan Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite. Sila layari yes.my untuk maklumat yang lebih lanjut. - Berapa banyak Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite yang boleh saya langgan di bawah bawah Pelan Perkhidmatan Bundel Jalur Lebar Wayarles Yes?
Anda boleh melanggan Talian Tambahan di bawah Pelan Perkhidmatan Bundel Jalur Lebar Wayarles Yes dengan syarat anda tidak mempunyai, secara agregat, lebih daripada lima belas (15) Pelan Perkhidmatan Pascabayar yang berdaftar dengan Yes. Sila layari yes.my untuk maklumat yang lebih lanjut
- Bagaimanakah saya boleh melanggan Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite di bawah Pelan Perkhidmatan Bundel Jalur Lebar Wayarles Yes?
Anda boleh melanggan Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite di bawah Pelan Perkhidmatan Bundel Jalur Lebar Wayarles Yes melalui saluran berikut:
(a) Aplikasi MyYes;
(b) Kedai Yes;
(c) Pengedar Sah Yes - Adakah pengguna Talian Tambahan di bawah Pelan Perkhidmatan Bundel Jalur Lebar Wayarles Yes akan menerima penyata bil?
Tidak, hanya satu penyata bil diberikan ke Pengguna Prinsipal (Utama) untuk pengurusan akaun dan pembayaran bil melalui aplikasi MyYes. - Adakah terdapat sebarang caj jika saya ingin menambah lebih dari dua (2) Talian Tambahan di bawah Pelan Perkhidmatan Bundel Jalur Lebar Wayarles Yes?
Ya, terdapat caj bagi penambahan Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite yang akan dicaj ke dalam kitaran bil yang seterusnya, sila layari yes.my untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai Talian Tambahan yang boleh anda langgan di bawah Pelan Perkhidmatan Bundel Jalur Lebar Wayarles Yes. - Adakah saya perlu membayar sebarang caj untuk memiliki Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite semasa pendaftaran?
Harap maklum tiada pembayaran diperlukan semasa proses pendaftaran untuk Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite. Caj bagi penambahan Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite akan dicaj ke dalam kitaran bil yang akan datang. - Bagaimana jika saya mempunyai lebih banyak soalan yang tidak ditangani dalam Soalan Lazim ini?
Anda boleh menghantarkan soalan anda ke yescare@yes.my. Sebagai alternatif, anda boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery, untuk berhubung melalui aplikasi MyYes dan berbual dengan Chatbot Sofia.