- Apakah peraduan Yes Merdeka Giveaway?
Peraduan ‘Yes Merdeka Giveaway’ ialah peraduan media sosial yang dianjurkan oleh Yes 5G untuk memberi anda peluang membawa pulang telefon pintar vivo V40 5G secara PERCUMA! Anda hanya perlu mengikuti kami di Instagram @yes.5g dan ikuti beberapa langkah mudah untuk berpeluang dipilih sebagai pemenang! - Siapakah yang layak menyertai peraduan Yes Merdeka Giveaway?
Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. - Apakah tempoh peraduan Yes Merdeka Giveaway?
Tempoh peraduan adalah dari 23 Ogos 2024 hingga 6 September 2024. - Bagaimanakah cara saya menyertai peraduan Yes Merdeka Giveaway?
Langkah 1: Beli Pelan Pascabayar Yes 5G dari RM35 dan ke atas di dalam satu resit. Ambil gambar resit anda (Pemenang akan diminta untuk memberikan bukti pembelian).
Langkah 2: Muat turun Aplikasi Instagram dan ikuti @Yes.5G di Instagram.
Langkah 3: Peserta mesti mengikuti Pos Pengumuman Peraduan (“Pos Peraduan”) pada profil Instagram @Yes.5G dan memberikan jawapan kreatif kepada soalan “How will you celebrate Merdeka using Yes 5G?” selewat-lewatnya pada 6 September 2024. Selain itu, peserta perlu tag dua rakan di bahagian komen.
Langkah 4: Pastikan profil Instagram anda ditetapkan kepada mod awam.
Dua (2) peserta yang telah melengkapi langkah-langkah di atas akan dipilih sebagai pemenang berdasarkan jawapan yang paling kreatif. - Bagaimanakah saya akan dimaklumkan bahawa saya adalah pemenang peraduan Yes Merdeka Giveaway?
Pemenang akan diumumkan di Instagram @Yes.5G pada 11 September 2024 dan kutipan hadiah adalah di Yes Experience Store, Lot 10 Shopping Centre, Kuala Lumpur atau melalui penghantaran ke alamat anda. - Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang telefon pintar dan aksesori, seperti spesifikasi, pembaikan, penggantian dan waranti?
Anda boleh merujuk ke laman web rasmi pengeluar atau menghubungi perkhidmatan pelanggan pengeluar untuk mendapatkan bantuan. - Bagaimana jika saya mempunyai Soalan Lazim tambahan?
Kami di sini untuk membantu! Hubungi Yes melalui pilihan mudah:
i. Berbual bersama Sofia di yes.my.
ii. Muat turun aplikasi MyYes dari Google Play, Apple App Store, atau Huawei AppGallery untuk berbual dengan Sofia bagi sokongan segera, atau hantar tiket di bawah Akses Pantas dan klik pada ikon ‘YesCare’ untuk bantuan lebih lanjut.
iii. E-mel kami di yescare@yes.my untuk bantuan lebih lanjut. Kami sentiasa di sini untuk sebarang bantuan!