- Apakah Promosi Merdeka Pelan Perkhidmatan Pascabayar Basic Yes Infinite Basic ?
Promosi ini adalah pakej peranti masa yang terhad bagi pelan pascabayar di mana pelanggan yang layak boleh melanggan Promosi Merdeka Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite Basic yang dilancarkan oleh Yes.
Anda boleh merujuk kepada terma dan syarat Promosi Merdeka Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite Basic untuk maklumat yang lebih lanjut. - Di manakah saya boleh membeli Promosi Merdeka Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite Basic?
Anda boleh mendapatkan pelan ini melalui laman web Yes (www.yes.my), Aplikasi MyYes, Yes Stores atau Rakan Niaga Yes. - Apakah tawaran perkhidmatan di bawah Promosi Merdeka Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite Basic?
Untuk maklumat lanjut mengenai kadar dan tawaran perkhidmatan ini, sila rujuk di bawah;Nama Pelan Yes Infinite Basic_Nubia Neo 5G_18M Yuran Komitmen Bulanan RM58 (+ RM3.48 SST) Data (5G/4G) Tanpa Had Kontrak 18 Bulan Panggilan Domestik bagi Rangkaian Yes Tanpa Had Panggilan Domestik Luar Rangkaian Yes Tanpa Had SMS bagi Rangkaian Yes Tanpa Had SMS Luar Rangkaian Yes RM 0.09 setiap SMS Hotspot (5G/4G) 20GB Peranti Nubia Neo 5G Harga Peranti RM299 Pembayaran Pendahuluan Pelan RM58 (RM61.48 termasuk SST)
(rebat pada bulan pertama)Pembayaran Pendahuluan Peranti – Jumlah Pembayaran Semasa Pendaftaran RM357 Jumlah Pembayaran Semasa Pendaftaran (Termasuk SST) RM360.48 Deposit Warga Asing RM200 - Adakah terdapat sebarang tempoh kontrak jika saya melanggan Promosi Merdeka Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite Basic?
Ya. Promosi ini datang bersama kontrak 18 bulan. - Bolehkah saya menggunakan nombor telefon bimbit sedia ada dari syarikat telekomunikasi yang lain dengan Promosi Merdeka Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite Basic?
Sudah tentu! Anda boleh tukar ke Yes dengan nombor sedia ada, semasa atau selepas pengaktifan SIM. Sila rujuk pada “Kekalkan Nombor Anda” untuk maklumat yang lebih lanjut. - Apakah syarat umur minimum untuk melanggan Promosi Merdeka Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite Basic?
Anda mestilah berumur 18 tahun dan ke atas. - Saya telah menerima kad SIM 5G. Bagaimanakah untuk saya mengaktifkan kad SIM saya?
Sila rujuk Cara Mengaktifkan SIM untuk maklumat yang lebih lanjut. - Adakah saya perlu mengaktifkan kad SIM serta-merta selepas penerimaan kad SIM, atau bolehkah saya berbuat demikian pada masa yang akan datang?
Anda dinasihati untuk melakukan pengaktifan kad SIM dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh anda menerima kad SIM. Kegagalan untuk berbuat demikian, kad SIM anda akan diaktifkan secara automatik selepas tujuh (7) hari dari tarikh anda menerima kad SIM. - Sebagai warga asing, bolehkah saya melanggan Promosi Merdeka Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite Basic?
Ya boleh. Deposit warga asing sebanyak RM200 akan dikenakan. - Apakah yang akan berlaku jika saya tidak menggunakan sepenuhnya data Hotspot?
Setelah tamat tempoh bagi setiap kitaran bil, sebarang baki data Internet yang tidak digunakan dalam peruntukan data dalam kitaran bil tertentu tidak akan dibawa ke hadapan atau ke kitaran bil yang seterusnya. - Apakah yang akan berlaku sekiranya saya telah menggunakan kesemua data Hotspot di dalam kitaran bil?
Untuk terus menikmati perkhidmatan internet pada kelajuan yang lebih pantas, anda boleh membeli Tambahan Pascabayar Hotspot melalui aplikasi MyYes. - Adakah saya masih boleh mendapat panggilan suara tanpa had percuma sekiranya saya berada di luar Malaysia?
Tidak, panggilan suara tanpa had percuma hanya terpakai untuk kegunaan di Malaysia sahaja dan bukan untuk tujuan perayauan. Jika anda berada di luar Malaysia, anda boleh melanggan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa kami. Sila rujuk kepada kadar Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa yang diterbitkan di yes.my/roaming untuk butiran yang lebih lanjut. - Adakah saya masih boleh mendapat panggilan suara tanpa had percuma apabila saya menghubungi seseorang di luar Malaysia?
Tidak, panggilan suara tanpa had percuma tidak boleh digunakan untuk Perkhidmatan IDD. Oleh itu, caj akan dikenakan jika anda menghubungi seseorang di luar Malaysia. Sila rujuk kepada kadar caj di yes.my/roaming untuk maklumat yang lebih lanjut. - Adakah saya perlu meneruskan pembayaran Yuran Komitmen jika akaun Promosi Merdeka Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite Basic saya disekat atau digantung dalam tempoh kontrak?
Jika akaun bagi Promosi Merdeka Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite Basic anda disekat atau digantung, anda masih perlu membayar Yuran Komitmen bulanan sepanjang tempoh penggantungan. - Saya baru sahaja mendaftar untuk Promosi Merdeka Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite Basic dan telah membuat pembayaran sebelum ini. Mengapakah saya mempunyai bil yang tertunggak?
Pembayaran awal yang dibuat semasa pendaftaran Promosi Merdeka Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite Basic merupakan caj pendahuluan yang akan di rebat ke dalam kitaran bil pertama anda. Walau bagaimanapun, kitaran bil anda akan bermula apabila proses pengaktifan SIM anda berjaya. Jika pengaktifan SIM, akaun anda dilakukan di dalam kitaran bil anda, bil akan di prorata. - Mengapakah kitaran bil saya jatuh pada pertengahan setiap bulan?
Apabila anda mendaftarkan akaun Yes anda, kitaran bil dipilih secara automatik untuk anda ke kitaran bil yang terdekat. Anda tidak boleh menukar kitaran bil anda. - Bolehkah saya menukarkan Pelan Perkhidmatan Yes sedia ada saya ke Promosi Merdeka Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite Basic?
Ya, anda boleh ke Yes Store atau Rakan Niaga Yes atau hubungi yescare@yes.my untuk maklumat yang lebih lanjut. - Bolehkah saya menaik taraf Promosi Merdeka Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite Basic dalam tempoh kontrak?
Maaf, tiada naik taraf atau turun taraf pelan bagi Promosi Merdeka Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite Basic yang dibenarkan dalam tempoh kontrak. - Adakah terdapat sebarang caj yang dikenakan sekiranya saya menamatkan Promosi Merdeka Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite Basic sebelum tamat tempoh kontrak?
Ya, jika anda masih di bawah tempoh kontrak, anda akan dikenakan Caj Penamatan Awal (ETC) bagi baki tempoh kontrak yang masih ada dari tarikh penamatan akaun. - Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai butiran telefon pintar seperti spesifikasi, pembaikan, penggantian dan waranti?
Anda boleh merujuk ke laman web rasmi pengilang atau menghubungi perkhidmatan pelanggan pengilang. Sila rujuk Pusat Sokongan ZTE untuk maklumat yang lebih lanjut. - Saya masih belum menerima peranti saya. Siapakah yang perlu saya hubungi?
Anda boleh menyemak status pesanan anda di Semak Pesanan atau boleh menghantarkan soalan ke yescare@yes.my. Anda juga boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Gedung Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery untuk bersembang bersama Chatbot kami, Sofia atau menghantarkan soalan anda ke pusat perkhidmatan pelanggan dengan mencipta tiket dalam Aplikasi MyYes anda di bawah Akses Pantas dan klik pada ikon “YesCare”. - Bungkusan saya rosak, siapakah yang perlu saya hubungi?
Anda boleh menghantarkan soalan anda ke YesCare di yescare@yes.my. Anda juga boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Gedung Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery untuk bersembang bersama Chatbot kami, Sofia atau menghantarkan soalan anda ke pusat perkhidmatan pelanggan dengan mencipta tiket dalam Aplikasi MyYes anda di bawah Akses Pantas dan klik pada ikon “YesCare” . - Bagaimana jika saya mempunyai lebih banyak soalan yang tidak ditangani dalam Soalan Lazim ini?
Kami sedia untuk membantu! Sila hubungi YesCare di yescare@yes.my untuk sebarang pertanyaan. Anda juga boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Gedung Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery untuk bersembang bersama Chatbot kami, Sofia atau menghantarkan soalan anda ke pusat perkhidmatan pelanggan dengan mencipta tiket dalam Aplikasi MyYes anda di bawah Akses Pantas dan klik pada ikon “YesCare”.