- Apakah Pelan Perkhidmatan Pascabayar Kasi Up?
Pelan Perkhidmatan Pascabayar Kasi Up terdiri daripada Kasi Up Postpaid 49 (ii) Kasi Up Postpaid 49 (dengan kontrak) dan Kasi Up Postpaid 30 Phone Bundle (dengan kontrak). Tertakluk kepada terma dan syarat. - Apakah tawaran perkhidmatan dan kadar harga setiap Pelan Perkhidmatan Pascabayar Kasi Up?
Tawaran perkhidmatan dan kadar harga setiap Pelan Pderkhidmatan Pascabayar Kasi Up adalah seperti berikut:Nama Pelan Perkhidmatan Pascabayar Pascabayar 49 Kasi Up Pascabayar 49 Kasi Up (dengan kontrak) Pascabayar 30 Bundel Telefon Kasi Up (dengan kontrak) Harga RM49 RM49 RM30 Data (bulanan) 100GB 100GB 20GB Kontrak – 24 months 24 months Pelan Bayaran Pendahuluan RM49
(Rebat pada 2 bulan pertama)– RM180
(Rebat selepas tamat Tempoh Kontrak)Pelan Deposit – RM49
(Akan dikembalikan setelah tamat akaun perkhidmatan)– Perkhidmatan panggilan suara dan SMS dalam rangkaian* Tanpa had Tanpa had Tanpa had Perkhidmatan panggilan suara luar rangkaian * Tanpa had Tanpa had Caj dikenakan pada kadar RM 0.09 sen seminit tertakluk pada blok pengecasan untuk setiap 30 saat SMS luar rangkaian RM 0.09 setiap SMS RM 0.09 setiap SMS RM 0.09 setiap SMS Tawaran Istimewa Pelanggan port-in di bawah promosi MNP akan menikmati rebat RM5 daripada bayaran komitmen selama 12 bulan berturut-turut bermula dari tarikh pengaktifan kad SIM Bayaran Komitmen 6 bulan pertama DIBATALKAN * – * Perkhidmatan suara dan SMS domestik dalam dan luar rangkaian tanpa had hanya boleh digunakan oleh individu perseorangan dan bukan untuk tujuan komersil.
** Tertakluk kepada Terma dan Syarat Promosi Yes.
*** Tertakluk kepada Terma dan Syarat Program Pascabayar Internet Enam (6) bulan PERCUMA - Adakah sebarang had umur ditetapkan untuk melanggan Pelan Perkhidmatan Pascabayar Kasi Up?
Ya, anda mestilah berumur 18 tahun ke atas sebelum boleh melanggan mana-mana Pelan Perkhidmatan Pasca Bayaran Kasi Up kami. - Sebagai orang asing, bolehkah saya melanggan mana-mana Pelan Perkhidmatan Pascabayar Kasi Up?
Ya, anda masih boleh melanggan mana-mana Pelan Perkhidmatan Pascabayar Kasi Up kami dengan bayaran deposit RM200 untuk setiap kadar pelan yang ditawarkan dalam Pelan Perkhidmatan Pascabayar - Apakah yang akan berlaku jika saya tidak menggunakan Peruntukan Kapasiti Data sepenuhnya?
Data internet yang tidak digunakan sepenuhnya akan luput dan tidak boleh dibawa ke Kitaran Bil berikutnya. - Adakah saya masih akan mendapat panggilan suara tanpa had percuma semasa saya berada di luar Malaysia?
Tidak, panggilan suara tanpa had percuma adalah terhad untuk penggunaan di Malaysia sahaja. Hal ini bermakna, panggilan suara tanpa had percuma tidak dapat digunakan semasa perayauan. Sekiranya anda berada di luar Malaysia, anda boleh melanggan Perkhidmatan Data Roaming Antarabangsa kami. Untuk maklumat lanjut tentang caj perkhidmatan, sila layari www.yes.my/roaming - Adakah saya masih mendapat panggilan suara tanpa had percuma semasa menghubungi seseorang di luar Malaysia?
Tidak, panggilan suara tanpa had percuma tidak boleh diguna pakai untuk perkhidmatan IDD, yang bermaksud, panggilan ke rangkaian luar negara akan dikenakan caj perkhidmatan seperti yang tertera di www.yes.my/roaming untuk maklumat lebih lanjut. - Sekiranya saya melanggan mana-mana Pelan Perkhidmatan Pascabayar Kasi Up, adakah saya tertakluk kepada tempoh kontrak?
Tempoh Kontrak hanya terpakai untuk pelan Kasi Up Postpaid 49 (dengan kontrak) dan Bundel Telefon Kasi Up Postpaid 30 (dengan kontrak). Sila rujuk jadual perkhidmatan Pascabayar di atas. - Untuk tawaran perkhimatan di bawah Bundel Telefon Kasi Up Postpaid 30 (dengan kontrak), bilakah saya perlu mengaktifkan Kad SIM saya setelah menerima Kad SIM?
Setelah anda menerima Kad SIM, anda perlu mengaktifkan Kad SIM anda dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan Kad SIM, jika tidak Kad SIM akan diaktifkan secara automatik selepas tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan Kad SIM. - Sekiranya saya adalah Pelanggan yang melanggan Pelan Perkhidmatan Pascabayar sedia ada dan tertakluk kepada Tempoh Kontrak, bolehkah saya melanggan mana-mana Pelan Perkhidmatan Pascabayar Kasi Up?
Ya, anda masih boleh melanggan Pelan Perkhidmatan Pascabayar Kasi Up kami sebagai talian tambahan dengan syarat anda tidak mempunyai lebih daripada enam (6) akaun perkhidmatan pascabayar dengan kami. Sila rujuk Terma dan Syarat Perkhidmatan Pascabayar untuk maklumat lanjut. - Apakah yang akan berlaku jika saya menggunakan Peruntukan Kapasiti Data sepenuhnya semasa Kitaran Bil?
Anda masih boleh menikmati capaian internet tetapi pada kelajuan yang agak terhad iaitu sehingga 256kbps. Untuk terus menikmati capaian Internet yang pantas, anda boleh memuat turun aplikasi MyYes untuk membeli Data Add-On Pascabayar. Sila rujuk Terma dan Syarat Perkhidmatan Pascabayar untuk maklumat lanjut. - Bolehkah saya menggunakan Pelan Perkhidmatan Pascabayar Kasi Up menggunakan mana-mana Peranti?
Pelan Pascabayar Kasi Up hanya boleh digunakan dengan peranti pintar sahaja. Sila rujuk www.yes.my/supported-devices untuk menyemak senarai peranti yang boleh digunakan. - Adakah saya perlu meneruskan bayaran Yuran Komitmen sekiranya akaun Perkhidmatan Pascabayar saya digantung semasa Tempoh Kontrak?
Ya, sekiranya anda mendaftar untuk Pelan Perkhidmatan Pascabayar dengan Tempoh Kontrak, dan sekiranya akaun Perkhidmatan tersebut digantung, anda masih harus membayar Yuran Komitmen untuk setiap Kitaran Bil. - Bolehkah saya bertukar ke Yes dan mengekalkan nombor saya?
Sudah tentu boleh! Anda boleh membeli mana-mana pelan Yes dan apabila anda menerima SIM kami, prosesnya adalah semudah 1, 2, 3!
1. Muat turun aplikasi MyYes untuk mengaktifkan SIM anda
2. Semasa proses pengaktifan, sila pilih “Tukar kepada Yes dan Simpan Nombor Anda”. Anda akan menerima SMS permintaan pengesahan ke nombor yang berdaftar dengan penyedia perkhidmatan sedia ada.
3. Balas SMS dengan nombor pengesahan yang anda terima.Proses pertukaran ke Yes harus dilakukan dalam masa 3 hari dengan syarat nombor yang ingin anda bawa ke rangkaian kami berada dalam rangkaian nombor telefon bimbit yang diluluskan oleh SKMM; nombor tersebut mestilah aktif dan tidak digantung, ditamatkan atau disenarai hitam dan/atau dilarang oleh penyedia perkhidmatan lain.
Perkhidmatan telefon anda tidak sepatutnya mengalami sebarang gangguan ketika proses ini berlangsung. Sekiranya permintaan pertukaran rangkaian ditolak, sila hubungi penyedia perkhidmatan anda yang sedia ada.
- Bolehkah Pelan Perkhidmatan Pascabayar Kasi Up menyokong peranti iPhone?
Ya. Pelan Prabayar Bundel SIM Yes Kasi Up LTE menyokong peranti iPhone 6 dan iPhone 7 sebagai SIM Data sahaja. Untuk model peranti iPhone 8 dan ke atas menyokong fungsi SIM Data, VoLTE dan khidmat pesanan ringkas (SMS).