- Apakah Insentif Pascabayar RAHMAH Pengamal Media?
Insentif Pascabayar RAHMAH Pengamal Media adalah pelan khas yang menawarkan pengecualian 1 kali ke atas yuran komitmen bulanan anda untuk bulan September atau mengikut kitaran bil pelan kepada semua pengamal media di Malaysia sempena Bulan Kebangsaan. Anda boleh layari www.yes.my untuk maklumat yang lebih lanjut. - Siapakah yang layak melanggan Insentif Pascabayar RAHMAH Pengamal Media?
Pakej ini terbuka kepada semua pengamal media berumur 18 tahun dan ke atas yang memegang kad perakuan media yang sah dari Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen). - Bagaimanakah saya boleh memohon Insentif Pascabayar RAHMAH Pengamal Media?
Anda boleh mengunjungi Yes Store untuk memohon. Cari Yes Store terdekat di sini. - Berapa lama tempoh pendaftaran bagi Insentif Pascabayar RAHMAH Pengamal Media?
Tempoh pendaftaran adalah dari 31 Ogos 2023 hingga 30 September 2023. - Berapakah Insentif Pascabayar RAHMAH Pengamal Media yang saya boleh daftarkan?
Anda boleh mendaftar satu (1) Insentif Pascabayar RAHMAH Pengamal Media dengan syarat anda tidak mempunyai lebih daripada maksima lima belas (15) akaun perkhidmatan pascabayar bersama Yes. - Apakah tawaran di bawah Insentif Pascabayar RAHMAH Pengamal Media?
Pengamal media akan menikmati pengecualian bil selama 1 bulan untuk mana-mana pelan yang ditawarkan seperti di bawah;Nama Pelan Infinite Basic Infinite Standard Infinite Premium Infinite Ultra Komitmen Bulanan RM58
(+ RM3.48 SST)RM88
(+ RM5.28 SST)RM118
(+ RM7.08 SST)RM178
(+ RM10.68 SST)Data (5G/4G) Data dan kelajuan 5G tanpa batasan Data dan kelajuan 5G tanpa batasan Data dan kelajuan 5G tanpa batasan Data dan kelajuan 5G tanpa batasan Hotspot (5G/4G) 20GB 50GB 80GB 110GB Perkhidmatan Panggilan Domestik Di Dalam Rangkain Yes Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had Perkhidmatan Panggilan Domestik Di Luar Rangkaian Yes Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had Perkhidamatan SMS Domestik Di Dalam Rangkaian Yes Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had Perkhidmatan SMS Domestik Di Luar Rangkaian Yes RM 0.09 setiap SMS RM 0.09 setiap SMS RM 0.09 setiap SMS RM 0.09 setiap SMS Pembayaran Pendahuluan Pelan RM58
(RM61.48
termasuk SST)
(rebat pada bulan pertama)RM88
(RM93.28
termasuk SST)
(rebat pada bulan pertama)RM118
(RM125.08
termasuk SST)
(rebat pada bulan pertama)RM178
(RM188.68
termasuk SST)
(rebat pada bulan pertama)Pembayaran Semasa Pendaftaran RM58 RM88 RM118 RM178 Jumlah Pembayaran Semasa Pendaftaran (Termasuk SST) RM61.48 RM93.28 RM125.08 RM188.68 - Apakah yang perlu saya lakukan untuk mendapat pengecualian 1 kali ke atas yuran komitmen bulanan bagi bulan September di bawah Insentif Pascabayar RAHMAH Pengamal Media?
Pengamal media hanya perlu mengunjungi Yes Store kami dan membawa bersama kad perakuan media yang sah daripada Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) untuk tujuan pengesahan bagi pendaftaran pelan Yes untuk menikmati pengecualian 1 kali ke atas komitmen bulanan anda. - Apabila tamat tempoh 1 kali pengecualian yuran komitmen bulanan, bolehkah saya memohon sebarang lanjutan supaya saya boleh terus menikmati pengecualian Yuran Komitmen Bulanan?
Pengecualian Yuran Komitmen Bulanan adalah untuk 1 kali sahaja, hanya apabila anda melakukan pendaftaran di dalam tempoh pengecualian. Tiada lanjutan ke atas yuran komitmen bulanan yang diberikan selepas melebihi tempoh yang ditetapkan. - Bolehkah saya menggunakan nombor telefon sedia ada dari syarikat telekomunikasi yang lain dengan Pakej Insentif Pascabayar RAHMAH Pengamal Media?
Sudah tentu! Anda boleh tukar ke Yes dengan nombor sedia ada anda. Sila rujuk pada “Kekalkan Nombor Anda” untuk maklumat yang lebih lanjut. Bukan itu sahaja! Terdapat Promosi Yes Mobile Number Portability (MNP) khas jika anda menukarkan nombor semasa anda ke Insentif Pascabayar RAHMAH Pengamal Media. Anda boleh mendapat rebat sehingga RM120 apabila anda tukar ke Yes. Ketahui lebih lanjut di sini. - Apakah yang akan berlaku jika saya tidak menggunakan sepenuhnya data Hotspot?
Setelah tamat tempoh bagi setiap kitaran bil, sebarang baki data Internet yang tidak digunakan dalam peruntukan data dalam kitaran bil tertentu tidak akan dibawa ke hadapan atau ke kitaran bil yang seterusnya. - Apakah yang akan berlaku sekiranya saya telah menggunakan kesemua data Hotspot di dalam kitaran bil?
Untuk terus menikmati perkhidmatan internet pada kelajuan yang lebih pantas, anda boleh membeli Tambahan Pascabayar Hotspot melalui aplikasi MyYes. - Adakah saya masih boleh mendapat panggilan suara tanpa had percuma sekiranya saya berada di luar Malaysia?
Tidak, panggilan suara tanpa had percuma hanya terpakai untuk kegunaan di Malaysia sahaja dan bukan untuk tujuan perayauan. Jika anda berada di luar Malaysia, anda boleh melanggan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa kami. Sila rujuk kadar Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa yang diterbitkan di yes.my/roaming untuk butiran yang lebih lanjut. - Adakah saya masih boleh mendapat panggilan suara tanpa had percuma apabila saya menghubungi seseorang di luar Malaysia?
Tidak, panggilan suara tanpa had percuma tidak boleh digunakan untuk Perkhidmatan IDD. Oleh itu, caj akan dikenakan jika anda menghubungi seseorang di luar Malaysia. Sila rujuk kepada kadar caj di yes.my/roaming untuk maklumat yang lebih lanjut. - Bolehkah saya menukarkan Pelan Perkhidmatan Yes sedia ada saya ke Insentif Pascabayar RAHMAH Pengamal Media?
Tidak, insentif ini adalah untuk pendaftaran yang baru. - Bagaimana jika saya mempunyai lebih banyak soalan yang tidak ditangani dalam Soalan Lazim ini?
Kami sedia untuk membantu! Sila hubungi YesCare di yescare@yes.myuntuk sebarang pertanyaan. Anda juga boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Gedung Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery untuk bersembang bersama Chatbot kami, Sofia atau menghantarkan soalan anda ke pusat perkhidmatan pelanggan dengan mencipta tiket dalam Aplikasi MyYes anda di bawah Akses Pantas dan klik pada ikon “YesCare”.