Pengurusan Kelestarian Pintar 5G

Mengurus jejak karbon
dalam masa nyata.

Yes Asset ESG mengamalkan pendekatan holistik dengan memantau parameter persekitaran utama untuk memudahkan pelaporan metrik kelestarian. Jejakan masa nyata ini memastikan kakitangan anda bekerja dalam keadaan yang optimum dan sejahtera serta memastikan mesin beroperasi dengan cekap.

Suhu & kelembapan

Air sisa

Kualiti udara

Pengesanan bunyi

Penggunaan air

Penggunaan tenaga

Komposisi bahan api

Akses kepada metrik penjejakan masa nyata penting untuk memastikan ketelusan dan ketepatan dalam pelaporan kelestarian. Hapuskan greenwashing dengan menyediakan laporan yang berasaskan data. Dengan pengautomatikkan proses pengumpulan dan pelaporan data, YES Asset ESG memudahkan usaha pengurusan kelestarian untuk meningkatkan kecekapan.

Manfaatkan sistem pemantauan ESG yang kukuh, dibangunkan dengan perkakasan dan perisian yang telah terbukti berkesan dalam pelaksanaan dan operasi di lapangan selama lebih tiga tahun. Tingkatkan kepercayaan, prestasi dan keberlangsungan dalam usaha pengurusan kelestarian anda.

Permudahkan sistem pengurusan kelestarian anda untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat, sambil mengekalkan integriti dan perlindungan data melalui infrastruktur awan yang kukuh.

Manfaatkan ciri tinjauan bersepadu untuk mengumpul data Scope 3 emissions daripada pekerja dan vendor. Dengan meudahkan proses pengumpulan data kelestarian secara menyeluruh, YES Asset ESG membolehkan pelaporan yang lebih tepat dan pengambilan keputusan yang berinformasi.

Penyelesaian 5G yang lain