- Apakah Perayauan Yes (YesRoam)?
Perayauan Yes (YesRoam)memberikan anda data perayauan data 5G + 4G tanpa had apabila anda disambungkan ke operator rakan perayauan pilihan Yes semasa melancong ke luar negara. - Bagaimanakah cara untuk saya melanggan Perayauan Yes (YesRoam)?
YesRoam tersedia untuk pelanggan Pascabayar Yes. Bergantung pada pelan pascabayar anda, pelbagai pelan YesRoam dari Yes 5G tersedia untuk memenuhi keperluan anda. Selepas mengaktifkan servis bagi langgan perayauan. Untuk mula menggunakan YesRoam, sila pastikan perayauan anda diaktifkan melalui aplikasi MyYes > Perayauan (YesRoam) > Pengaktifan Perayauan. Bagi pelanggan Yes kurang daripada 6 bulan, deposit perayauan mungkin diperlukan.Jika anda adalah pengguna talian utama, anda boleh membantu talian tambahan anda untuk mengaktifkan Perayauan Yes (YesRoam) dengan meningkatkan had kredit atau membayar deposit perayauan melalui aplikasi MyYes. Log masuk ke akaun utama > Pilih talian tambahan pada meny pilihan > Klik Lagi > Roaming > Aktifkan Langganan > Tambah Sekarang untuk tingkatkan had kredit atau bayar deposit > Pengaktifan Perayauan.Nota: Harap maklum, berkuat kuasa 1 Ogos 2024, deposit Perayauan sebanyak RM300 akan dikembalikan kepada pelanggan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh pembayaran. Bayaran balik deposit Perayauan adalah melalui akaun pelanggan sebagai pembayaran bil. Had kredit pelanggan akan kekal tidak berubah. Polisi bayaran balik deposit Perayauan ini terpakai kepada semua pelanggan yang membuat pembayaran deposit Perayauan mulai dari 1 Ogos 2024.
- Bagaimanakah cara bagi saya memilih operator perayauan?
Langkah 1: Pada menu “Settings”, klik “Rangkaian Mudah Alih”.
Langkah 2: Tekan “Operator Rangkaian”.
Langkah 3: Tekan “Rangkaian Carian”.
– Anda akan melihat senarai operator rangkaian.
– Pilih operator rangkaian pilihan* dan sambung
Langkah 4: Aktifkan Data Perayauan dan Data Mudah Alih mengikut penetapan dalam peranti mudah alih anda.*Sila rujuk yes.my/roaming untuk senarai caj operator perayauan. - Apakah Perayauan YesRoam Bulanan SG (YesRoam SG Monthly)?
YesRoam Bulanan SG menawarkan perayauan data 5G + 4G tanpa had PERCUMA di Singapura untuk semua pelanggan Pascabayar Infinite dan Infinite+. Anda juga dapat menikmati panggilan masuk PERCUMA dari semua negara dan panggilan keluar PERCUMA ke mana-mana nombor Malaysia semasa berada di negara perayauan. SMS dikenakan caj mengikut kadar perayauan di yes.my/roaming. Pelanggan akan menikmati data perayauan tanpa had bermula dengan data berkelajuan tinggi 10GB, kemudian data perayauan tanpa had pada 512kbps. - Apakah YesRoam ASEAN Plus?
YesRoam ASEAN Plus menawarkan perayauan data 5G + 4G tanpa had ke 11 destinasi termasuk;
Brunei, Kemboja, China, Hong Kong, Indonesia, Laos, Macau, Filipina, Taiwan, Thailand, Vietnam.YesRoam ASEAN Plus datang bersama pilihan bag pas 1 Hari (RM10), pas 3 Hari (RM20) atau pas 7 Hari (RM30) untuk memenuhi keperluan anda. - Apakah Pas Perayauan “Pra-Tempah”?
Pas Perayauan Pra-Tempah adalah disediakan untuk pelan perayauan ASEAN Plus. Dengan pas ini pelanggan boleh memilih pas perayauan pilihan dan menjadualkan pengaktifan pas pilihan mengikut tarikh pilihan dan boleh dilakukan seawal 30 hari sebelum tarikh pilihan pengaktifan. (Pembatalan hanya boleh dilakukan 24 jam sebelum tarikh pengaktifan). Pas akan diaktifkan berdasarkan pilihan jadual mengikut GMT +8 (Masa Malaysia). Anda boleh log masuk ke aplikasi MyYes untuk menyemak pas perayauan yang akan datang dan semak SMS untuk maklumat lanjut mengenai pas anda. - Apakah pas perayauan yang terdapat dalam YesRoam ASEAN Plus?
i. YesRoam ASEAN Plus 1 Hari pada harga RM10 dengan data tanpa had, kelajuan tinggi 1GB, selepas data kelajuan tinggi, 512kbps dan tempoh sah adalah 24 jam.
ii. YesRoam ASEAN Plus 3 Hari pada harga RM20 dengan data tanpa had, kelajuan tinggi 5GB, selepas data kelajuan tinggi, 512kbps dan tempoh sah adalah 72 jam.
iii. YesRoam ASEAN Plus 7 Hari pada RM30 dengan data tanpa had, kelajuan tinggi 10GB, selepas data kelajuan tinggi, 512kbps dan tempoh sah adalah 168 jam. - Apakah yang akan berlaku jika saya menghidupkan perayauan sebelum masa/tarikh pengaktifan pas pra-tempah saya di negara perayauan?
Pas YesRoam ASEAN Plus 1 Hari akan diaktifkan secara automatik. Sila pastikan anda hanya menghidupkan perayauan mengikut tarikh dan masa pra-tempah anda bagi pengaktifan di negara perayauan. - Saya telah mengaktifkan data perayauan dan data mudah alih dalam penetapan peranti mudah alih saya tetapi tidak dapat mengakses perkhidmatan data?
Sila pastikan anda menghidupkan data perayauan dan data mudah alih anda pada tetapan peranti mudah alih anda.Nota: Anda juga perlu memastikan Access Point Names (APN) pada tetapan telefon anda ditetapkan ke ‘yesnet’ atau ‘shwap’ untuk menggunakan perkhidmatan Data Perayauan. Pada telefon anda, pergi ke Tetapan > Rangkaian Mudah Alih > Access Point Names (APN) > Pilih ‘yesnet’ atau ‘shwap’. - Bilakah Perayauan Yes(YesRoam) saya akan tamat tempoh?
Tarikh dan masa tamat tempoh adalah mengikut pas yang dilanggan oleh anda. Sila semak Aplikasi MyYes anda untuk maklumat mengenai tamat tempoh pas anda. - Berapakah bilangan Perayauan Yes (YesRoam) atau Tambah Nilai Perayauan Yes (YesRoam)yang boleh saya beli pada satu masa?
Tiada had bagi bilangan YesRoam yang boleh dibeli; YesRoam boleh dibeli walaupun anda masih lagi mempunyai data kuota berkelajuan tinggi yang lain. Jika anda telah mencapai had kredit penggunaan, anda boleh meningkatkan had kredit anda melalui aplikasi MyYes dan membeli tambah nilai Perayauan Yes (YesRoam). - Apakah caj yang akan dikenakan jika saya berhubung dengan 2 atau lebih operator perayauan pilihan pada hari yang sama semasa menggunakan perayauan di negara yang berbeza?
Anda akan dikenakan caj Perayauan Yes(YesRoam) untuk setiap operator perayauan pilihan yang disambung oleh anda pada hari yang sama. Untuk pas YesRoam ASEAN Plus, membolehkan anda menggunakan pas perayauan di 2 negara yang berbeza pada hari yang sama tanpa caj tambahan. - Apakah yang akan berlaku sekiranya saya menggunakan operator data perayauan bukan pilihan Yes?
Anda akan dikenakan kadar caj Pay-As-You-Use (PAYU)jika ada. Anda boleh merujuk laman web Yes di yes.my/roaming untuk mendapatkan maklumat mengenai kadar Perayauan Antarabangsa. - Adakah Polisi Penggunaan Saksama (FUP) akan digunakan?
Ya, FUP akan diguna pakai dan kelajuan data akan berkurang apabila anda mencapai kuota penggunaan harian. - Bolehkan saya mengembalikan data berkelajuan tinggi saya setelah mencapai kuota berkelajuan tinggi untuk pas Perayauan Yes (YesRoam)?
Anda boleh membeli tambah nilai Perayauan Yes(YesRoam) Daily atau tambah nilai Perayauan Yes (YesRoam) melalui aplikasi MyYes. Untuk maklumat lanjut mengenai kadar, sila layari yes.my/roaming. - Bolehkah saya menggunakan data YesRoam untuk hotspot?
Ya boleh. Caj dan penggunaan data adalah berdasarkan langganan Perayauan Yes (YesRoam) Jika anda telah kehabisan kuota berkelajuan tinggi, anda boleh membeli Perayauan Yes (YesRoam) melalui Aplikasi MyYes. - Saya telah mematikan data perayauan dan menggunakan Wi-Fi. Mengapa saya masih dikenakan caj untuk penggunaan data perayauan?
Ada kemungkinan beberapa telefon pintar masih mengalami penggunaan perayauan data walaupun anda telah mematikan Data Perayauan pada telefon anda. Keadaan ini berlaku terutamanya di LTE apabila perkhidmatan data dapat diaktifkan secara automatik ketika sewaktu lokasi dikemas kini terutamanya untuk piawaian LTE dan tidak seperti pada piawaian GSM/GPRS/3G. Sekiranya anda ingin benar-benar mematikan perayauan data, kami mengesyorkan langkah-langkah berikut untuk mengelakkan daripada dikenakan caj perayauan data berterusan.
a) Matikan Data Mudah Alih dan Data Perayauan
b) Hidupkan mod kapal terbang
c) Matikan mod kapl terbang
d) Hidupkan Wi-Fi (Sekiranya anda ingin menggunakan perkhidmatan data)Nota: Jika anda ingin menikmati perkhidmatan perayauan (sama ada suara & SMS sahaja dan/atau dengan Data) anda perlu “Aktifkan Perayauan” pada aplikasi MyYes, dan kami mengesyorkan agar kedua-dua “Data Mudah Alih” dan “Perantauan Data” pada tetapan telefon anda dimatikan sebelum berlepas, dari Malaysia.
- Bagaimana jika saya mempunyai lebih banyak soalan yang tidak ditangani dalam Soalan Lazim ini?
Kami sedia untuk membantu! Sila hubungi YesCare di yescare@yes.my untuk sebarang pertanyaan. Anda juga boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Gedung Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery untuk bersembang bersama Chatbot kami, Sofia atau menghantarkan soalan anda ke pusat perkhidmatan pelanggan dengan mencipta tiket dalam Aplikasi MyYes anda di bawah Akses Pantas dan klik pada ikon “YesCare”.