- Apa itu Kasi Up Unlimited dan Kasi Up Turbo 5GB?
Kasi Up Unlimited dan Kasi Up Turbo 5GB ialah Pakej Tambahan Data Prabayar yang boleh dibeli oleh pelanggan yang layak. Tertakluk kepada terma dan syarat. - Bolehkah Kasi Up Unlimited dan Kasi Up Turbo 5GB digunakan dengan peranti Huddle atau Zoom?
Kasi Up Unlimited dan Kasi Up Turbo 5GB hanya boleh digunakan dengan telefon pintar yang serasi. Ia tidak boleh digunakan pada mana-mana peranti Huddle atau Zoom (modem tanpa wayar rumah). - Bagaimanakah cara untuk saya membeli Kasi Up Unlimited dan Kasi Up Turbo 5GB?
Anda boleh membeli Kasi Up Unlimited dan Kasi Up Turbo 5GB melalui satu daripada saluran berikut:
(a) Aplikasi MyYES;
(b) Kedai / Kiosk YES; dan
(c) Kedai Rakan Niaga YES yang sah - Apakah caj dan tawaran yang ditawarkan di bawah pelan Kasi Up Unlimited dan Kasi Up Turbo 5GB?
Sila rujuk jadual di bawah:Jenis Data Tambahan Prabayar Harga Kapasiti Data 4G LTE Hotspot Tempoh Sah Data Tambahan Kasi Up Unlimited
(kelajuan sehingga 7Mbps)RM30 Tidak terhad* 9GB 30 hari dari tarikh pembelian Kasi Up Turbo 5GB
(kelajuan LTE terpantas)RM5 5GB – Tempoh sah harian,
24 jam dari masa pembelian* Penstriman video adalah berdasarkan kualiti definisi standard dan polisi penggunaan yang adil.
- Mengapa kelajuan Kasi Up Unlimited saya perlahan (terhad)?
Kemungkinan kelajuan Kasi Up Unlimited anda menjadi perlahan dan terbatas kerana anda telah melanggar Terma dan Syarat Promosi. - Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan kelajuan internet maksimum dan tidak terhad?
Anda boleh membeli “Unthrottle Me Data Add-On” melalui aplikasi MyYes app.