- Apakah tawaran perkhidmatan di bawah pelan FT5G Yes Prabayar?
Tawaran perkhidmatan dan kadar adalah seperti yang dinyatakan di bawah:Nama Pelan Pelan FT5G Yes Prabayar Harga RM30
(termasuk SST)Data Internet Data dan kelajuan 5G tanpa batasan
Data 4G Tanpa batasan (sehingga 7Mbps)Tempoh Sah Akaun 60 hari (dari tarikh pengaktifan SIM Yes) Tempoh Sah Perkhidmatan 30 hari (dari tarikh pengaktifan SIM Yes) Hotspot 12GB (5G/4G)* Perkhidmatan On-Net untuk panggilan suara domestik Tanpa had Perkhidmatan Off-Net untuk panggilan suara domestik Tanpa had Perkhidmatan On-Net SMS domestik Tanpa had Perkhidmatan Off-Net SMS domestik RM 0.09 setiap SMS *Penggunaan dan Kelajuan Data tertakluk kepada liputan 5G atau 4G.
- Berapa banyak pelan FT5G Yes Prabayar yang boleh saya daftarkan?
Mengikut undang-undang, seorang individu hanya boleh mendaftar sehingga lima (5) Nombor Mudah Alih Prabayar. - Apakah yang akan berlaku apabila data hotspot internet 12GB di bawah Pelan FT5G Yes Prabayar telah digunakan sepenuhnya?
Setelah digunakan sepenuhnya, anda tidak akan dapat menggunakan hotspot untuk baki Tempoh Sah Perkhidmatan. Anda boleh membeli data “Add-Ons” hotspot menerusi aplikasi MyYes. Sila rujuk https://www.yes.my/tnc/products-services-tnc. - Bolehkah saya membeli mana-mana Data Add-on Prabayar sebelum Tempoh Sah Akaun saya tamat?
Ya, boleh. - Perlukah saya mengaktifkan kad SIM yang diterima dengan serta merta atau saya boleh berbuat demikian kemudian?
Setelah menerima kad SIM, anda dikehendaki untuk mengaktifkan kad SIM tersebut dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan. Kegagalan mengaktifkan kad SIM tersebut akan mengakibatkan pembatalan akaun perkhidmatan secara automatik. Dalam keadaan sedemikian, yuran pelan dan sebarang bayaran terdahulu yang telah dibuat tidak akan dikembalikan. - Adakah saya masih mendapat panggilan suara tanpa had apabila menghubungi seseorang yang berada di luar Malaysia?
Tidak. Panggilan suara tanpa had percuma tidak terpakai kepada perkhidmatan IDD. Oleh itu, anda akan dikenakan caj panggilan antarabangsa. Sila rujuk kadar yang dikenakan di https://www.yes.my/roaming. - Adakah sebarang caj yang dikenakan ke atas Perkhidmatan IDD?
Ya, caj akan dikenakan. Sila rujuk kadar panggilan suara dan SMS yang berkaitan dengan Perkhidmatan IDD https://www.yes.my/roaming. - Dimanakah saya boleh membeli pelan FT5G Yes Prabayar?
Anda boleh membeli pelan FT5G Yes Prabayar melalui laman web Yes di first to 5G prepaid, pada aplikasi MyYes, Shopee, MyNews, dimana-mana kedai/kiosk YES ataupun melalui pengedar Yes kami. - Bagaimana jika saya mempunyai sebarang soalan lain yang tidak terkandung dalam Soalan Lazim ini?
Anda boleh mengemukakan soalan tersebut ke yescare@yes.my.
Sebagai alternatif, anda juga boleh memuat turun aplikasi MyYes daripada gedung Android Play Store ataupun Apple App Store untuk mengemukakan soalan anda di MyYes, ataupun berbual dengan Chatbot Sofia atau pegawai khidmat pelanggan kami.