- Apakah 4G-VPN Yes?
4G-VPN Yes ialah rangkaian peribadi yang diperuntukkan bagi menjamin sambungan jalur lebar terbaik antara semua premis anda (2 atau lebih) membolehkan pemindahan data berlaku dengan selamat antara pejabat anda tanpa risiko diakses/digodam parti luar. - Apakah perbezaan diantara Yes 4G-VPN dan Yes DLL?
Pada amnya, 4G-VPN Yes dan DLL Yes (Dedicated Lease Line) Talian Pajakan yang Diperuntukkan adalah daripada keluarga produk yang sama.Terdapat hanya satu perbezaan. Perkhidmatan Yes 4G-VPN menyediakan pelanggan dengan penyambungan lebar jalur usaha terbaik antara premis melalui teknologi 4G tanpa wayar. Yes DLL pula menggunakan sambungan lebar jalur berdedikasi melalui Gelombang Mikro ataupun Backhaul Fiber.Perbezaannya hanyalah, perkhidmatan Yes DLL menyediakan pelanggan dengan penyambungan jalur lebar berdedikasi antara premis melalui Gelombang Mikro ataupun Fiber Angkut Balik (Backhaul) manakala 4G-VPN Yes pula menggunakan teknologi 4G tanpa wayar. - Bolehkah berlaku nisbah perebutan dalam pemindahan data dalam semua premis saya?
Tidak. Pautan ini adalah diperuntukkan kepada perniagaan anda sahaja. Oleh itu, jalur lebar ini dijamin fungsinya dalam premis perniagaaan anda - Apakah Perkhidmatan Tahap Jaminan Yes yang disediakan?
Perkhidmatan yang disediakan adalah berdasarkan usaha terbaik. - Bolehkah Yes menyedia dan menguruskan CPE di kawasan saya?
Ya. Kami boleh merujuk anda kepada beberapa rakan kongsi yang dipercayai untuk membantu menguruskan CPE anda - Sejauhmanakah 4G-VPN Yes ini selamat?
4G-VPN Yes ini dijamin selamat kerana ia beroperasi sebagai sambungan gelung tertutup, tanpa dikongsi dengan mana-mana dengan pelanggan lain. - Bolehkah saya menaik taraf/menurun taraf lebar jalur semasa tempoh komitmen?
Ya, semasa tempoh komitmen, anda boleh menaik taraf l jalur lebar pada bila-bila masa. Bagaimanapun, anda tidak dibenarkan menurun taraf jalur lebar sepanjang tempoh komitmen. Anda hanya boleh berbuat demikian selepas tempoh komitmen berakhir. - Adakah saya akan dikenakan penalti sekiranya menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh komitmen berakhir?
Ya. Anda akan dikenakan caj penalti sekiranya menamatkan perkhidmatan anda sebelum tempoh komitmen berakhir. Penalti yang dikenakan adalah baki caj bulanan berulang. - Apakah cara bayaran Yes 4G-VPN yang sedia ada?
Berikut adalah cara bayaran yang diterima bagi perkhidmatan langganan Yes 4G-VPN. Kami akan mengemas kini sekiranya terdapat cara bayaran baru pada masa depan.
a. Cek
b. Pemindahan bank - Apakah kitaran bil Yes 4G-VPN yang sedia ada?
Berikut adalah kitaran bil bagi perkhidmatan langganan Yes DLL:
a. Bulanan
b. Suku tahun
c. Setengah tahun
d. Tahunan - Adakah Yes menyediakan peralatan bagi perkhidmatan 4G-VPN Yes?
Ya, kami akan menyediakan peralatan berikut di setiap premis sebagai perkhidmatan Yes 4G-VPN. Peralatan ini akan dikekalkan dan adalah hak milik Yes.
4G tanpa wayar:
1x Zoom XL, Pemasangan Kabel - Siapakah yang saya boleh hubungi sekiranya perkhidmatan Yes 4G-VPN mengalami masalah penyambungan?
Anda boleh hubungi Pengurus Akaun anda semasa waktu pejabat (Isnin – Jumaat, 9pagi – 6petang). Anda juga boleh menghubungi Meja Sokongan kami di +6018-3330033 pada bila-bila masa. Perkhidmatan ini adalah 24 jam.