- Apakah Pelan Yes 5G Wireless Broadband Gateway Postpaid Exclusive?
Pelan ini adalah eksklusif untuk pelanggan pascabayar Yes. Semua pelanggan pascabayar yang aktif berhak untuk mendaftar ke Pelan Yes 5G Wireless Broadband Gateway Postpaid Exclusive pada harga yang menarik. - Siapakah yang layak mendaftar untuk Pelan Yes 5G Wireless Broadband Gateway Postpaid Exclusive
Pelanggan Pascabayar Yes sedia ada dengan status akaun Pascabayar yang aktif (akaun tidak disekat atau digantung) dan pelanggan perlu mengekalkan kedua-dua pelan sepanjang tempoh kontrak.
Jika pelanggan memutuskan untuk menamatkan Pelan Pascabayar, Pelan Yes 5G Wireless Broadband Gateway Postpaid Exclusive akan dicaj pada harga asal RM99. Harga asal bagi Pelan Yes 5G Wireless Broadband Gateway Postpaid Exclusive akan dicaj RM99/bulan sepanjang tempoh kontrak.
Pelanggan baru, boleh mendaftar dengan pelan Pascabayar dan talian Jalur Lebar pada masa yang sama untuk mendapatkan Pelan Pelan Yes 5G Wireless Broadband Gateway Postpaid Exclusive pada harga yang menarik. - Apakah syarat umur minimum untuk mendaftar untuk Pelan Yes 5G Wireless Broadband Gateway Postpaid Exclusive?
Anda mestilah berumur 18 tahun dan ke atas. - Sebagai warga asing, bolehkah saya melanggan Pelan Yes 5G Wireless Broadband Gateway Postpaid Exclusive?
Ya. Terdapat deposit warga asing sebanyak RM200 akan dikenakan semasa pendaftaran. - Apakah yang tawaran Pelan Yes 5G Wireless Broadband Gateway Postpaid Exclusive?
Tawaran perkhidmatan adalah seperti di bawah;Nama Pelan Yes 5G Wireless Broadband Gateway Postpaid Exclusive Harga Peranti Percuma Komitmen Bulanan RM75.00 (+RM4.50 SST) Tempoh Kontrak 24 bulan Data Data:
5G Tanpa Had
150GB 4GKelajuan:
5G Tanpa Had (Kelajuan penuh)
4G Tanpa Had (Sehingga 150GB)Pembayaran Pendahuluan Pelan RM75.00 (RM79.50 including SST)
(Rebat ke atas bulan pertama)Pembayaran Pendahuluan (Peranti) – Yuran Pengaktifan – Jumlah Pembayaran Semasa Pendaftaran (Termasuk SST) RM75.00 (RM79.50 termasuk SST) Deposit Warga Asing RM200 - Berapa lamakah tempoh program ini?
Program ini akan bermula pada 30 Ogos 2024 dan berterusan sehingga diberitahu kelak. - Di manakah saya boleh melanggan untuk Pelan Yes 5G Wireless Broadband Gateway Postpaid Exclusive?
Anda boleh melanggan Yes 5G Wireless Broadband Gateway Exclusive Postpaid melalui yes.my, aplikasi MyYes, Rakan Niaga Yes yang sah dan Yes Store. - Bolehkah saya mendaftar lebih dari satu (1) Pelan Yes 5G Wireless Broadband Gateway Postpaid Exclusive?
Anda boleh melanggan hanya satu Pelan Yes 5G Wireless Broadband Gateway Exclusive Postpaid dengan syarat anda tidak mempunyai, secara agregat, lebih dari lima belas (15) Pelan Perkhidmatan Pascaayar yang berdaftar dengan Yes. - Adakah Pelan Yes 5G Wireless Broadband Gateway Postpaid Exclusive disertakan dengan perkhidmatan suara atau SMS?
Pelan ini tidak menyokong panggilan dan SMS. Yes 5G Wireless Broadband Gateway Exclusive Postpaid adalah untuk penggunaan data sahaja. - Adakah saya perlu mengaktifkan kad SIM serta-merta selepas penerimaan SIM, atau bolehkah saya berbuat demikian pada masa akan datang?
Anda adalah dinasihatkan untuk melakukan pengaktifan Kad SIM dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh anda menerima Kad SIM. Jika todak, kad SIM akan diaktifkan secara automatik selepas tujuh (7) hari dari tarikh anda menerima Kad SIM. - Bagaimanakah untuk saya mengaktifkan kad SIM bagi Pelan Yes 5G Wireless Broadband Gateway Postpaid Exclusive?
Langkah 1
Muat turun aplikasi MyYes, buka aplikasi dan klik pada “Pengguna Baru”
Langkah 2
Klik pada “Aktifkan SIM”, kemudian “Mula”
Langkah 3
Imbas kod bar yang terdapat pada kad SIM atau masukkan nombor siri SIM anda secara manual
Langkah 4
Pilih nombor dan klik pada “Seterusnya”
Langkah 5
Pilih ID anda, imbas dan sahkan jenis ID
Langkah 6 |
Lengkapkan pengaktifan dengan mengikuti langkah-langkah perlaksanaan eKYC dan pengesahan ID anda.
Langkah 7
Buat kata laluan untuk log masuk ke MyYes App
Langkah 8
Setelah selesai, anda akan menerima pengesahan pengaktifan. - Bolehkah saya menggunakan kad SIM 5G bagi Pelan Yes 5G Wireless Broadband Gateway Postpaid Exclusive pada telefon pintar saya?
Kad SIM yang di bawah Pelan Yes 5G Wireless Broadband Gateway Exclusive Postpaid tidak boleh digunakan dalam telefon pintar. - Bagaimanakah cara saya menyemak penggunaan data saya atau membuat pembayaran bil untuk Pelan Yes 5G Wireless Broadband Gateway Exclusive Postpaid?
Anda boleh menyemak penggunaan atau membuat pembayaran melalui aplikasi MyYes atau rujuk pada Saluran Pembayaran Yes untuk maklumat lebih lanjut. - Apakah tempoh jaminan untuk peranti dan aksesori Yes 5G Infinite Gateway?
Tempoh jaminan standard untuk peranti Yes 5G Infinite Gateway adalah selama 12 bulan dan aksesori untuk peranti adalah selama 6 bulan. - Bagaimanakah cara saya menuntut waranti jika peranti Yes 5G Infinite Gateway yang saya beli mengalami kerosakan?
Anda boleh kunjungi Yes Store yang terdekat untuk melakukan pertukaran peranti dengan syarat peranti masih dalam tempoh jaminan standard waranti. Walau bagaimanapun, anda perlu membeli peranti yang baru pada harga RM1,199 jika peranti telah tamat jaminan standard waranti. - Berapa ramai pengguna boleh menyambung ke peranti Yes 5G Infinite Gateway pada satu masa
Yes 5G Infinite Gateway boleh disambung sehingga 32 peranti bagi setiap SSID (dirujuk sebagai nama rangkaian). - Bagaimanakah cara saya menyediakan peranti Yes 5G Infinite Gateway?
i. Tanggalkan penutup slot SIM
ii. Pasang kad SIM ke dalam slot SIM pegas seperti yang diarahkan. Untuk mengeluarkan SIM, tekan tepi SIM ke dalam dan SIM akan keluar (Sila pastikan anda menggunakan Standard dan bukan SIM Mikro atau Nano)
iii. Tutup penutup SIM
iv. Sambungkan penyesuai kuasa anda ke salur keluar dinding
v. Sambungkan penyesuai kuasa ke port 12V pada peranti
vi. Gunakan port LAN untuk menyambung ke peranti berwayar anda melalui kabel Ethernet (Sambungan dengan Peranti Berwayar atau Wayarles)
vii. Untuk menyambung menggunakan WiFi, imbas nama SSID WiFi, label peranti dan masukkan kata laluan.*Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk pada halaman peranti sokongan Yes 5G Infinite Gateway - Adakah peranti Yes 5G Infinite Gateway menyokong CCTV?
Yes Peranti Infinite Gateway 5G menyokong Kamera IP dengan Wi-Fi dan juga CCTV berasaskan awan. - Adakah bayaran penalti akan dikenakan jika saya menamatkan langganan saya dalam tempoh kontrak?
Jika anda menamatkan Pelan Yes 5G Wireless Broadband Gateway Exclusive Postpaid semasa tempoh kontrak, anda akan tertakluk pada Caj Penamatan Awal. - Apakah Polisi Pemulangan 7 Hari?
Polisi Pemulangan 7 Hari adalah untuk pelanggan Pelan Pelan Yes 5G Wireless Broadband Gateway Exclusive Postpaid yang ingin membatalkan kontrak dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh pengaktifan SIM. *Tertakluk pada terma dan syarat. - Bagaimanakah cara untuk saya untuk membatalkan langganan bagi Polisi Pemulangan 7 Hari untuk Pelan Yes 5G Wireless Broadband Gateway Exclusive Postpaid?
Permintaan boleh dibuat melalui Yes Store jika anda memenuhi syarat di bawah;
(i) tiada perkhidmatan atau sambungan perkhidmatan adalah perlahan di premis berdaftar anda; dan
(ii) penggunaan data di premis berdaftar adalah kurang daripada 10GB (4G + 5G); dan
(iii) permintaan penamatan anda dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh pengaktifan SIM anda; dan;
(iv) anda memulangkan set Peranti yang lengkap (termasuk peranti Yes 5G Infinite Gateway, kord kuasa dan Panduan Pengguna) dalam keadaan yang baik.
*Tertakluk pada terma dan syarat. - Bagaimana jika saya mempunyai Soalan Lazim tambahan?
Kami sedia untuk membantu! Sila hubungi YesCare di yescare@yes.myuntuk sebarang pertanyaan. Anda juga boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Gedung Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery untuk bersembang bersama Chatbot kami, Sofia atau menghantarkan soalan anda ke pusat perkhidmatan pelanggan dengan mencipta tiket dalam Aplikasi MyYes anda di bawah Akses Pantas dan klik pada ikon “YesCare”.