- Apakah e-Invois?
e-Invois merupakan transaksi digital di antara penjual dan pembeli. e-Invois menggantikan dokumen kertas atau elektronik seperti invois, nota kredit, nota debit dan akan mengandungi maklumat penting yang sama seperti dokumen yang asal. Untuk maklumat lanjut, rujuk laman web e-Invois Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). - Apakah perbezaan antara e-invois dan bil/ resit/ invois biasa?
e-Invois mesti disahkan oleh LHDN & bukti pengesahan boleh dibuat melalui kod QR yang boleh dimasukkan ke dalam e-Invois PDF yang dikongsi dengan anda. Apabila anda menerima e-Invois Yes PDF melalui alamat e-mel anda, akan terdapat kod QR pada e-Invois yang boleh diimbas dan mengarahkan anda ke pautan pengesahan di Portal MyInvois LHDN.Nota: Sila pastikan TIN dan alamat e-mel anda dikemas kini. Rujuk FAQ 5 tentang langkah-langkah untuk mengemas kini butiran melalui Aplikasi MyYes. - Mengapa saya tidak menerima kod QR saya di dalam resit/ bil?
Dalam tempoh 6 bulan, sistem berkemungkinan akan terdapat masalah teknikal. Di dalam tempoh ini, anda mungkin tidak akan menerima kod QR. Anda masih boleh teruskan seperti berikut:
i. Simpan salinan semua resit dan bil anda sebagai dokumen sokongan; atau
ii. Simpan salinan Penyata Tahunan sebagai dokumen sokongan. - Apakah Nombor Pengenalan Cukai (TIN)?
Individu dan entiti yang merupakan pembayar cukai berdaftar bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) diberikan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) yang dikenali sebagai “Nombor Pengenalan Cukai”. - Bagaimanakah untuk saya mendapatkan Nombor Pengenalan Cukai (TIN)?
Pembayar cukai Malaysia yang berdaftar dengan LHDNM boleh menyemak TIN melalui Portal MyTax di hasil.gov.my dari menu “e-Daftar” atau melawat pejabat LHDNM yang berhampiran. - Bagaimanakah cara untuk saya mengemas kini TIN?
Anda boleh mengemas kini Nombor Pengenalan Cukai(TIN) anda pada bila-bila masa melalui aplikasi MyYes dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut;
Buka aplikasi MyYes > Klik Profil > Maklumat pengebilan > Kod TIN > Kemas kini nombor TIN anda. Untuk mendapatkan e-invois bulanan bagi proses tuntutan pelepasan cukai, sila pastikan e-mel anda dikemas kini, melalui aplikasi MyYes dengan langkah-langkah yang berikut;
Buka aplikasi MyYes > Klik Profil > Maklumat pengebilan > Cara Untuk Dihubungi > Kemas kini alamat e-mel. - Saya mempunyai masalah dengan TIN saya. Siapakah yang saya perlu hubungi?
Sebarang urusan berkaitan TIN, anda boleh menghubungi pihak Sokongan LHDN untuk sebarang bantuan dan mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. - Bagaimana jika saya mempunyai lebih banyak soalan yang tidak ditangani dalam Soalan Lazim ini?
Kami sedia untuk membantu! Sila hubungi YesCare di yescare@yes.my untuk sebarang pertanyaan. Anda juga boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Gedung Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery untuk bersembang bersama Chatbot kami, Sofia atau menghantarkan soalan anda ke pusat perkhidmatan pelanggan dengan mencipta tiket dalam Aplikasi MyYes anda di bawah Akses Pantas dan klik pada ikon “YesCare”.