Sila muat turun aplikasi MyYes untuk semakan dan urusan akaun YES anda.
Imbas kod QR untuk mula
atau
Muat Turun Di SiniSila klik Soalan Lazim untuk maklumat lanjut.
Topik Paling Dicari
Cara Untuk Mengaktifkan SIM Baru Yes
Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengaktifkan SIM anda:- Langkah 1 Muat turun, dan buka aplikasi MyYes.
- Langkah 2 Klik pada “Aktifkan SIM”, kemudian “Mula”.
- Langkah 3 Imbas kod bar atau masukkan nombor siri SIM anda secara manual.
- Langkah 4 Pilih nombor telefon dan teruskan
- Langkah 5 Pilih jenis ID dan pastikan ID yang sah digunakan
- Langkah 6 Selesaikan pengaktifan anda dengan mengikuti langkah-langkah untuk melakukan eKYC dan pengesahan ID anda.
- Langkah 7 Cipta kata laluan anda untuk log masuk ke aplikasi MyYes. Mesej pengesahan pengaktifan anda akan dihantar setelah pengesahan selesai
- Langkah 8 Untuk Yes eSIM - Anda perlu memasang profil eSIM dengan klik "Pasang" pada skrin utama bagi peranti yang menyokong Yes eSIM.Nota: Untuk “Tukar ke Yes” boleh dilakukan semasa pengaktifan SIM. Sila tonton video bagi langkah pengaktifan SIM mudah; i. Cara mengaktifkan Yes SIM fizikal, klik di sini. ii. Cara mengaktifkan Yes eSIM apabila pembelian dilakukan melalui yes.my, klik di sini. iii. Cara mengaktifkan Yes eSIM apabila pembelian dilakukan melalui aplikasi MyYes, klik di sini. iv. Cara mengaktifkan Yes eSIM apabila pembelian dilakukan melalui Yes Store, klik di sini
- Langkah 1 Muat turun aplikasi MyYes dan log masuk.
- Langkah 2 Pilih "Tukar ke Yes" pada halaman utama kemudian klik "Tukar ke Yes".
- Langkah 3 Masukkan nombor anda dan klik "Sahkan" kemudian "hantar".
- Langkah 4 Sila sahkan dan klik pada nombor yang anda ingin tukar ke Yes.
- Langkah 5 Sila balas pengesahan SMS yang diterima untuk tukar ke Yes dan melengkapkan proses.
- Bagaimanakah cara untuk saya menambah nilai akaun Yes saya menggunakan Kad Tambah Nilai?
Kad Tambah Nilai dilengkapi dengan 16-digit kod pengaktifan. Untuk tambah nilai, sila masukkan kod pengaktifan kad tambah nilai.
a) Melalui MyYes app: Pilih "Quick Reload" > Imbas Kad > Masukkan kod Pengaktifan Tambah Nilai b) Melalui Yes Pay & Reload Masukkan Nombor Yes > Klik Sahkan > Pilih Servis > Aktifkan Kad Tambah Nilai dan tukar ke Add-On > Masukkan 16-digit kod Pengaktifan Tambah Nilai dan klik Hantar c) Melalui SMS Hantar REL<ruang><Nombor Yes><ruang><16 digit kod Pengaktifan Tambah Nilai> ke 0183301111 e.g. REL 0181230000 1234567890123456 *Caj standard bagi SMS akan dikenakan untuk tambah nilai menggunakan operator telekomunikasi yang lain. - Apakah Tambah Nilai Yes yang boleh dibeli?
Tambah Nilai Yes adalah seperti berikut;
Tambah Nilai Yes Kredit Yes Tempoh Sah Akaun RM2 RM2 4 hari RM5 RM5 10 hari RM10* RM10 20 hari RM15 RM15 30 hari RM20 RM20 40 hari RM30* RM30 60 hari RM35 RM35 70 hari RM40 RM40 80 hari RM50 RM50 100 hari RM100 RM100 200 hari - Adakah terdapat tarikh luput untuk Kad Tambah Nilai? Ya. Tarikh luput dicetak pada Kad Tambah Nilai.
- Apakah yang akan berlaku pada baki kredit saya setelah saya membuat tambah nilai baru? Tambah nilai baru anda akan ditambahkan ke baki kredit anda yang sedia ada. Contoh: Sekiranya anda mempunyai baki RM20 dan anda menambah nilai RM20 lagi, baki baru pada akaun anda adalah RM40.
- Bagaimanakah cara untuk saya menyemak baki setelah selesai proses menambah nilai? Adakah saya akan menerima notifikasi? Ya, anda akan menerima notifikasi SMS. Untuk menyemak baki anda, muat turun aplikasi MyYes dan log masuk dengan butiran anda. Sekiranya tambah nilai anda berjaya, anda akan dapat lihat jumlah tambah nilai tersebut dikreditkan ke dalam baki semasa akaun anda. Untuk menyemak baki Kredit Yes anda melalui SMS: Taip BAL<ruang><nombor Yes anda> dan hantar ke 018 330 11111.
- Bolehkah saya mendapat bayaran balik untuk kredit yang tidak dipakai pada Kad Tambah Nilai saya? Tidak boleh, semua Kad Tambah Nilai tidak akan dikembalikan. Kredit yang telah dimasukkan ke dalam akaun Yes anda juga tidak akan dikembalikan.
- Sekiranya kod pengaktifan tidak sah, bagaimanakah untuk saya mendapatkan bantuan? Anda boleh menghantar e-mel kepada kami di yescare@yes.my.
- Bolehkah saya menambah nilai nombor Yes yang lain dengan menggunakan Kad Tambah Nilai? Ya, boleh. Anda hanya perlu klik di sini dan masukkan ID Yes/ Nombor Telefon/ Nombor Akaun daripada akaun Yes yang anda ingin ditambah nilai bersama-sama dengan kod pengaktifan daripada Kad Tambah Nilai Yes anda.
- Bolehkah saya membeli Tambahan untuk Data Prabayar menggunakan Kad Tambah Nilai? Kad Tambah Nilai Yes pada masa ini hanya berfungsi untuk menambah nilai Kredit Yes sahaja. Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakan baki kredit anda untuk membeli Data Tambahan Prabayar di aplikasi MyYes.
- Bolehkah saya menggunakan Kad Tambah Nilai untuk menambah nilai melalui SMS? Ya, boleh.
- Apakah e-Invois? e-Invois merupakan transaksi digital di antara penjual dan pembeli. e-Invois menggantikan dokumen kertas atau elektronik seperti invois, nota kredit, nota debit dan akan mengandungi maklumat penting yang sama seperti dokumen yang asal. Untuk maklumat lanjut, rujuk laman web e-Invois Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
- Apakah perbezaan antara e-invois dan bil/ resit/ invois biasa? e-Invois mesti disahkan oleh LHDN & bukti pengesahan boleh dibuat melalui kod QR yang boleh dimasukkan ke dalam e-Invois PDF yang dikongsi dengan anda. Apabila anda menerima e-Invois Yes PDF melalui alamat e-mel anda, akan terdapat kod QR pada e-Invois yang boleh diimbas dan mengarahkan anda ke pautan pengesahan di Portal MyInvois LHDN.Nota: Sila pastikan TIN dan alamat e-mel anda dikemas kini. Rujuk FAQ 5 tentang langkah-langkah untuk mengemas kini butiran melalui Aplikasi MyYes.
- Mengapa saya tidak menerima kod QR saya di dalam resit/ bil? Dalam tempoh 6 bulan, sistem berkemungkinan akan terdapat masalah teknikal. Di dalam tempoh ini, anda mungkin tidak akan menerima kod QR. Anda masih boleh teruskan seperti berikut: i. Simpan salinan semua resit dan bil anda sebagai dokumen sokongan; atau ii. Simpan salinan Penyata Tahunan sebagai dokumen sokongan.
- Apakah Nombor Pengenalan Cukai (TIN)? Individu dan entiti yang merupakan pembayar cukai berdaftar bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) diberikan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) yang dikenali sebagai “Nombor Pengenalan Cukai”.
- Bagaimanakah untuk saya mendapatkan Nombor Pengenalan Cukai (TIN)? Pembayar cukai Malaysia yang berdaftar dengan LHDNM boleh menyemak TIN melalui Portal MyTax di hasil.gov.my dari menu “e-Daftar” atau melawat pejabat LHDNM yang berhampiran.
- Bagaimanakah cara untuk saya mengemas kini TIN? Anda boleh mengemas kini Nombor Pengenalan Cukai(TIN) anda pada bila-bila masa melalui aplikasi MyYes dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut; Buka aplikasi MyYes > Klik Profil > Maklumat pengebilan > Kod TIN > Kemas kini nombor TIN anda. Untuk mendapatkan e-invois bulanan bagi proses tuntutan pelepasan cukai, sila pastikan e-mel anda dikemas kini, melalui aplikasi MyYes dengan langkah-langkah yang berikut; Buka aplikasi MyYes > Klik Profil > Maklumat pengebilan > Cara Untuk Dihubungi > Kemas kini alamat e-mel.
- Saya mempunyai masalah dengan TIN saya. Siapakah yang saya perlu hubungi? Sebarang urusan berkaitan TIN, anda boleh menghubungi pihak Sokongan LHDN untuk sebarang bantuan dan mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.
- Bagaimana jika saya mempunyai lebih banyak soalan yang tidak ditangani dalam Soalan Lazim ini? Kami sedia untuk membantu! Sila hubungi YesCare di yescare@yes.my untuk sebarang pertanyaan. Anda juga boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Gedung Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery untuk bersembang bersama Chatbot kami, Sofia atau menghantarkan soalan anda ke pusat perkhidmatan pelanggan dengan mencipta tiket dalam Aplikasi MyYes anda di bawah Akses Pantas dan klik pada ikon “YesCare”.