Data Prabayar Tambahan
KETAHUI LANJUTHotspot Prabayar Tambahan
Hanya bagi pelanggan Prepaid Unlimited*
Data Pascabayar Tambahan (Data 4G)
KETAHUI LANJUTSila muat turun aplikasi MyYes untuk periksa dan awasi akaun Yes anda.
Imbas kod QR untuk mula
atau
MUAT TURUN DI SINISila klik Soalan Lazim untuk maklumat lanjut
Topik Paling Dicari
Cara Untuk Mengaktifkan SIM Baru Yes
Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengaktifkan SIM anda:
- Langkah 1
Muat turun, buka aplikasi MyYes dan klik “Pengguna Baru”. - Langkah 2
Klik pada “Aktifkan SIM”, kemudian “Mula”. - Langkah 3
Imbas kod bar atau masukkan nombor siri SIM anda secara manual. - Langkah 4
Pilih nombor telefon dan teruskan - Langkah 5
Pilih jenis ID dan pastikan ID yang sah digunakan - Langkah 6
Selesaikan pengaktifan anda dengan mengikuti langkah-langkah untuk melakukan eKYC dan pengesahan ID anda. - Langkah 7
Cipta kata laluan anda untuk log masuk ke aplikasi MyYes. Mesej pengesahan pengaktifan anda akan dihantar setelah pengesahan selesai - Langkah 8
Untuk Yes eSIM - Anda perlu memasang profil eSIM dengan klik "Pasang" pada skrin utama bagi peranti yang menyokong Yes eSIM.Nota: Untuk “Tukar ke Yes” boleh dilakukan semasa pengaktifan SIM.
Sila tonton video bagi langkah pengaktifan SIM mudah;
i. Cara mengaktifkan Yes SIM fizikal, klik di sini.
ii. Cara mengaktifkan Yes eSIM apabila pembelian dilakukan melalui yes.my, klik di sini.
iii. Cara mengaktifkan Yes eSIM apabila pembelian dilakukan melalui aplikasi MyYes, klik di sini.
iv. Cara mengaktifkan Yes eSIM apabila pembelian dilakukan melalui Yes Store, klik di sini
Cara Tukar ke Yes
Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk "Tukar ke Yes":
- Langkah 1
Muat turun aplikasi MyYes dan log masuk. - Langkah 2
Pilih "Tukar ke Yes" pada halaman utama kemudian klik "Tukar ke Yes". - Langkah 3
Masukkan nombor anda dan klik "Sahkan" kemudian "hantar". - Langkah 4
Sila sahkan dan klik pada nombor yang anda ingin tukar ke Yes. - Langkah 5
Sila balas pengesahan SMS yang diterima untuk tukar ke Yes dan melengkapkan proses.
Dengan mengaktifkan perkhidmatan prabayar Yes melalui nombor mudah alih ini, anda mengakui, menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat Perkhidmatan Prabayar kami seperti yang dinyatakan di dalam www.yes.my/legal dan anda juga membenarkan data peribadi anda untuk diproses dan/digunakan mengikut Dasar Privasi Kumpulan YTL yang terdapat di ytl.com/privacypolicy.asp
- Bagaimanakah cara untuk saya menambah nilai akaun Yes saya menggunakan Kad Tambah Nilai?
Kad Tambah Nilai dilengkapi dengan 16-digit kod pengaktifan. Untuk tambah nilai, sila masukkan kod pengaktifan kad tambah nilai.
a) Melalui MyYes app: Pilih "Quick Reload" > Imbas Kad > Masukkan kod Pengaktifan Tambah Nilai b) Melalui Yes Pay & Reload Masukkan Nombor Yes > Klik Sahkan > Pilih Servis > Aktifkan Kad Tambah Nilai dan tukar ke Add-On > Masukkan 16-digit kod Pengaktifan Tambah Nilai dan klik Hantar c) Melalui SMS Hantar REL<ruang><Nombor Yes><ruang><16 digit kod Pengaktifan Tambah Nilai> ke 0183301111 e.g. REL 0181230000 1234567890123456 *Caj standard bagi SMS akan dikenakan untuk tambah nilai menggunakan operator telekomunikasi yang lain. - Adakah terdapat tarikh luput untuk Kad Tambah Nilai? Ya. Tarikh luput dicetak pada Kad Tambah Nilai.
- Apakah yang akan berlaku pada baki kredit saya setelah saya membuat tambah nilai baru? Tambah nilai baru anda akan ditambahkan ke baki kredit anda yang sedia ada. Cth: Sekiranya anda mempunyai baki RM 20 dan anda menambah nilai RM 20 lagi, baki baru pada akaun anda adalah RM 40.
- Bagaimanakah cara untuk saya menyemak baki setelah selesai proses menambah nilai? Adakah saya akan menerima notifikasi? Ya, anda akan menerima notifikasi SMS. Untuk menyemak baki anda, muat turun aplikasi MyYes dan log masuk dengan butiran anda. Sekiranya tambah nilai anda berjaya, anda akan dapat lihat jumlah tambah nilai tersebut dikreditkan ke dalam baki semasa akaun anda.Untuk menyemak baki Kredit Yes anda melalui SMS: Taip BAL<ruang><nombor Yes anda> dan hantar ke 018 330 11111.
- Bolehkah saya mendapat bayaran balik untuk kredit yang tidak dipakai pada Kad Tambah Nilai saya? Tidak boleh, semua Kad Tambah Nilai tidak akan dikembalikan. Kredit yang telah dimasukkan ke dalam akaun Yes anda juga tidak akan dikembalikan.
- Sekiranya kod pengaktifan tidak sah, bagaimanakah untuk saya mendapatkan bantuan? Anda boleh menghantar e-mel kepada kami di yescare@yes.my.
- Bolehkah saya menambah nilai nombor Yes yang lain dengan menggunakan Kad Tambah Nilai? Ya, boleh. Anda hanya perlu klik di sini dan masukkan ID Yes/ Nombor Telefon/ Nombor Akaun daripada akaun Yes yang anda ingin ditambah nilai bersama-sama dengan kod pengaktifan daripada Kad Tambah Nilai Yes anda.
- Bolehkah saya membeli Tambahan untuk Data Prabayar menggunakan Kad Tambah Nilai? Kad Tambah Nilai Yes pada masa ini hanya berfungsi untuk menambah nilai Kredit Yes sahaja. Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakan baki kredit anda untuk membeli Data Tambahan Prabayar di aplikasi MyYes.
- Bolehkah saya menggunakan Kad Tambah Nilai untuk menambah nilai melalui SMS? Ya, boleh.
- Dimanakah saya boleh memohon untuk tukar ke Yes? Permohonan untuk bertukar ke talian Yes boleh dibuat dengan memuat turun aplikasi MyYes. Sekiranya anda adalah pelanggan baru Yes, anda boleh memilih daripada pelbagai pelan Yes yang sedia ada. Setelah menerima SIM Yes, sila muat turun aplikasi MyYes untuk pengaktifan dan pengesahan sebelum bertukar ke nombor sedia ada anda. Anda boleh bertukar ke nombor sedia ada semasa proses pengaktifan atau pada bila-bila masa sahaja. Sekiranya anda adalah pelanggan sedia ada Yes, i. Rujuk “Akses Pantas”, pilih “Tukar ke Yes” dan masukkan “Nombor Pertukaran”. ii. Anda akan menerima SMS pengesahan dari telco berkenaan. Balas SMS tersebut untuk mengesahkan pertukaran talian. Sebagai pilihan, anda juga boleh ke Yes Stores, Kiosk Yes atau Rakan Niaga Yes yang terdekat untuk memohon pertukaran talian ke Yes.
- Apakah yang harus saya lakukan atau semak sebelum menghantar permohonan untuk pertukaran talian ke Yes? Untuk proses pertukaran yang lancar ke rangkaian Yes, sila pastikan dengan penyedia perkhidmatan mudah alih semasa anda bahawa: 1. Akaun anda adalah aktif; 2. Tiada bil tertunggak/ belum dijelaskan 3. Tiada obligasi kontrak tertunggak; 4. Talian tambahan mesti ditukar bersama-sama Nombor Utama. Jika perlu, anda mungkin ingin menyimpan semua nombor kenalan anda daripada kad SIM yang sedia ada sebelum pertukaran talian ke Yes.
- Bagaimanakah cara untuk mengetahui status pertukaran talian saya ke Yes? Anda akan menerima notifikasi SMS daripada pembekal penyedia perkhidmatan semasa anda [setelah berjaya bertukar ke Yes].
- Bagaimanakah cara untuk menyemak status pertukaran talian saya secara online? Anda boleh menyemak status pertukaran anda melalui aplikasi MyYes. Tekan ikon “Switch to Yes” dan klik “Check Status”.
- Mengapakah saya tidak dapat menyemak status permintaan pertukaran talian ke Yes melalui aplikasi MyYes? Pertukaran talian ke Yes yang dilakukan melalui Yes Stores atau Rakan Niaga Yes, pelanggan akan dimaklumkan mengenai status pertukaran melalui notifikasi SMS. Sebagai alternatif, anda boleh menyemak status melalui aplikasi MyYes.
- Adakah saya akan menghadapi gangguan perkhidmatan semasa proses pertukaran talian ke Yes? Anda tidak akan menghadapi sebarang gangguan perkhidmatan semasa proses pertukaran talian ke Yes. Namun begitu, jika anda ingin ke luar negara semasa proses pertukaran talian, anda mungkin perlu menghubungi penyedia perkhidmatan semasa anda untuk mengetahui sama ada akan berlaku sebarang gangguan untuk perkhidmatan perayauan. Tiada gangguan perkhidmatan daripada pihak Yes.
- Bolehkah saya membatalkan permohonan saya untuk pertukaran talian? Anda masih boleh membatalkan permohonan untuk beralih jika permintaan itu sedang diproses. Setelah pertukaran talian adalah berjaya, anda tidak boleh membatalkan permohonan tersebut. Sila ambil perhatian: Sebarang permintaan dan bayaran yang telah dibuat bagi prtukaran talian ke Yes (MNP) tidak akan dikembalikan.
- Adakah saya perlu membatalkan pelan perkhidmatan semasa saya sebelum pertukaran talian ke Yes? Tidak, anda tidak perlu membatalkan pelan perkhidmatan semasa anda. Perkhidmatan sedia ada anda dengan penyedia perkhidmatan mudah alih semasa akan dihentikan secara automatik setelah anda berjaya bertukar ke Yes.
- Jika anda bukan pelanggan Yes, adakah anda akan terima kad SIM baru setelah pertukaran talian ke Yes? Ya, kami akan menyediakan Kad SIM yang baru apabila anda bertukar ke Yes.
- Bolehkah saya mula menggunakan kad SIM serta-merta selepas saya mendapat kad SIM daripada Yes? Hanya untuk permintaan pertukaran talian yang dilakukan melalui Yes Stores atau Rakan Niaga Yes di bawah pelan SIM Pascabayar sahaja, pelanggan boleh mula menggunakan dan menikmati perkhidmatan Yes selepas permintaan pertukaran talian ke Yes (MNP) adalah berjaya.
- Bolehkah nombor saya bertukar talian tanpa kebenaran saya? Tidak boleh. Peralihan nombor tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran anda. Yes mesti mengesahkan permohonan dan dokumen sokongan pelanggan terlebih dahulu sebelum meneruskan proses pertukaran talian ke Yes.
- Bagaimanakah jika salah satu pemegang talian tambahan saya tidak mahu bertukar ke Yes? Sebagai pemegang akaun utama, anda perlu mengunjungi penyedia perkhidmatan mudah alih semasa anda untuk menamatkan talian tambahan yang ada di bawah nombor utama. Pemegang talian tambahan perlu mendaftar semula sebagai pemegang akaun yang utama. Setelah proses ini selesai, maka anda sebagai pemegang akaun utama boleh betukar ke Yes.
- Bolehkah saya menukar nombor saya kepada penyedia perkhidmatan yang lain lebih daripada satu kali? Ya, tetapi anda tidak boleh membuat lebih daripada satu permintaan pertukaran talian (MNP) pada waktu masa yang sama ke penyedia perkhidmatan mudah alih yang berbeza.
- Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk bertukar ke Yes? Proses ini tidak akan mengambil lebih daripada 1 atau 2 hari bekerja untuk peralihan talian individu.
- Adakah terdapat sebarang pembayaran bagi pertukaran talian ke Yes? Permohonan untuk pertukaran talian ke Yes adalah percuma. Namun begitu, anda perlu membayar fi komitmen Pelan Perkhidmatan berdasarkan kepada pelan yang anda pilih. (Jika ada atau diperlukan semasa pendaftaran). *Tertakluk kepada terma dan syarat.
- Apakah yang akan berlaku dengan penggunaan yang belum dibilkan oleh penyedia perkhidmatan mudah alih semasa, sementara menunggu untuk pertukaran talian ke Yes? Anda perlu membuat pembayaran kepada penyedia perkhidmatan mudah alih semasa anda untuk penggunaan yang belum dibilkan apabila menerima invois, walaupun anda telah berjaya bertukar ke Yes. Jika tidak, anda akan disenaraihitamkan oleh penyedia perkhidmatan mudah alih semasa kerana tidak menjelaskan bil tertunggak anda.
- Jika saya telah mendaftar untuk pakej bundle Yes melalui aplikasi MyYes atau Kedai Atas Talian (Yes Online Store), saya telah pun mengaktifkan SIM dan meminta untuk pertikaran talian ke Yes melalui aplikasi MyYes . Apakah yang akan berlaku kepada kontrak saya di bawah pakej bundel jika permintaan pertukaran talian ke Yes gagal? Jika permintaan pertukaran masuk anda masih tidak berjaya, untuk Pakej Bundel Yes, anda akan diberikan nombor semnetara Yes selepas mengaktifkan SIM Yes. Anda boleh terus menggunakan nombor sementara Yes sebagai nombor tetap anda atau menamatkan pelan anda. Jika anda ingin menamatkan perkhidmatan akaun Yes, anda akan dikenakan, yuran penamatan awal seperti yang dinyatakan dalam kontrak pakej anda dan sebarang pembayaran yang dibuat semasa pendaftaran pelan tidak boleh dibatalkan dan tidak akan dikembalikan.
- Apakah yang berlaku jika saya meminta untuk pertukaran talian ke Yes semasa pendaftaran SIM Pascabayar/Prabayar dengan Pelan sahaja melalui aplikasiMyYes atau Kedai Atas Talian (Yes Online Store) dan permintaan itu tidak berjaya? Jika permintaan pertukaran talian ke Yes anda tidak berjaya, SIM Yes akan ditamatkan dalam masa 30 hari dan sebarang pembayaran yang telah dibuat semasa pendaftaran pelan tidak akan dikembalikan.
- Saya telah mendaftar untuk pelan SIM Prabayar/Pascabayar melalui Yes Stores atau Rakan Niaga Yes. Apakah yang akan berlaku kepada pelan saya sekiranya pemohonan saya tidak berjaya? Anda boleh menghantarkan semula permohonan anda dan adalah dinasihatkan untuk menghantar semula permintaan anda dalam masa 30 hari bagi mengelakkan penamatan kad SIM anda.
- Siapakah yang boleh saya hubungi jika permintaan pertukaran ke Yes tidak berjaya? Anda boleh menghantarkan semula permohonan anda melalui saluran yang telah anda lakukan sebelum ini di Yes Stores, Rakan Niaga Yes, aplikasi MyYes atau secara alternatif e-mel kami di yescare@yes.my untuk bantuan yang lebih lanjut.
- Bolehkah saya membuat pertukaran talian keluar dari Yes setelah saya memohon untuk penamatan akaun Yes saya? Setelah anda memohon untuk penamatan perkhidmatan Yes, akaun Yes anda akan menjadi tidak aktif semasa proses penamatan dan anda tidak lagi boleh menukarkan nombor anda ke penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang lain.