- Apakah Pakej Yes 5G RAHMAH?
Pakej Yes 5G RAHMAH adalah pelan bundel peranti 5G dengan jenama telefon pintar terpilih seperti Samsung, ZTE, Vivo, Oppo, Redmi dan Honor, dimana anda boleh dapatkan dengan harga tidak lebih dari RM240. Telefon ini datang bersama pelan yang terendah dari RM35, dengan 100GB data 5G + 4G, kelajuan tanpa had, panggilan tanpa had ke semua rangkaian dan juga waranti telefon lanjutan 1+1 tahun. Anda boleh layari www.yes.my untuk maklumat yang lebih lanjut. - Siapakah yang layak untuk melanggan Pakej Yes 5G RAHMAH?
Pakej ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia. - Bagaimanakah saya boleh memohon Pakej Yes 5G RAHMAH?
Anda boleh memohon pakej ini melalui laman web Yes (www.yes.my), Aplikasi MyYes, Yes Stores atau Rakan Niaga Yes
Bagi Pakej Yes 5G RAHMAH di bawah kategori B40, pelanggan boleh ke Yes Stores kami.
Sila ambil perhatian, untuk Pakej Yes 5G RAHMAH bundel bersama Samsung Galaxy M14, pelanggan boleh dapatkan dengan mengunjungi Yes Stores atau Rakan Niaga Yes. - Apakah tempoh pendaftaran bagi Pakej Yes 5G RAHMAH?
Tempoh pendaftaran Pakej Yes 5G RAHMAH bermula dari 31 Ogos 2023 sehingga 31 Mac 2024.
- Adakah terdapat sebarang tempoh kontrak jika saya melanggan Pakej Yes 5G RAHMAH?
Ya. Pakej ini datang bersama kontrak selama 24 bulan. - Tempoh waranti telefon pintar 5G di bawah Pakej Yes 5G RAHMAH adalah untuk?
Tempoh waranti oleh pengeluar telefon pintar 5G adalah selama 2 tahun. - Berapakah Pakej Yes 5G RAHMAH yang saya boleh daftarkan?
Anda boleh mendaftar satu (1) Pakej Yes 5G RAHMAH dengan syarat anda tidak mempunyai lebih daripada maksima lima belas (15) akaun perkhidmatan pascabayar bersama Yes. - Apakah tawaran bagi kategori kumpulan B40 di bawah Pakej Yes 5G RAHMAH?
Khas kepada 100,000 pelanggan yang pertama di bawah kumpulan B40, layak untuk mendapatkan subsidi peranti kerajaan sehingga RM120 untuk telefon pintar 5G. Sebagai contoh, bagi harga peranti berharga RM240, pelanggan hanya perlu membayar RM120 selepas penolakan subsidi kerajaan. Jika syarikat telekomunikasi menawarkan harga peranti pada harga yang lebih rendah dari RM240; sebagai contoh bagi peranti berharga RM200, selepas penolakan subsidi kerajaan, pelanggan hanya perlu membayar sebanyak RM80 untuk peranti telefon pintar 5G.Selain itu, jika telefon pintar 5G adalah berharga RM100, baki RM20 di bawah subsidi kerajaan akan dikreditkan ke dalam bil Pascabayar anda pada bulan pertama, dan akan akan digunakan untuk penolakan sebahagian daripada yuran komitmen bulanan anda. Kredit subsidi kerajaan ini akan digunakan ke atas telefon pintar 5G yang berharga RM0. - Saya adalah di bawah kumpulan kategori B40 dan telah melanggan Pakej Yes 5G RAHMAH tanpa RM120 subsidi kerajaan B40. Bolehkah saya menukarkan pelan saya untuk menikmati subsidi kerajaan B40 dengan potongan sehingga RM120?
Anda hanya dibenarkan untuk mendaftar hanya satu (1) Pakej Yes 5G RAHMAH. - Adakah saya akan dikenakan sebarang bayaran pendahuluan peranti apabila saya melanggan mana-mana Pakej Yes 5G RAHMAH?
Pembayaran pendahuluan peranti akan dikenakan bagi model telefon pintar yang terpilih, sehingga RM240. Pembayaran pendahuluan ini akan rebat selama 24 bulan. - Bolehkah saya menggunakan nombor telefon sedia ada dari syarikat telekomunikasi yang lain dengan Pakej Yes 5G RAHMAH?
Sudah tentu! Anda boleh tukar ke Yes dengan nombor sedia ada, semasa atau selepas pengaktifan SIM. Sila rujuk pada “Kekalkan Nombor Anda” untuk maklumat yang lebih lanjut. - Saya telah menerima kad SIM 5G. Bagaimanakah untuk saya mengaktifkan kad SIM saya?
Sila rujuk Cara Mengaktifkan SIM untuk maklumat yang lebih lanjut. - Adakah saya perlu mengaktifkan kad SIM serta-merta selepas penerimaan kad SIM, atau bolehkah saya berbuat demikian pada masa yang akan datang?
Anda dinasihati untuk melakukan pengaktifan kad SIM dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh anda menerima kad SIM. Kegagalan untuk berbuat demikian, kad SIM anda akan diaktifkan secara automatik selepas tujuh (7) hari dari tarikh anda menerima kad SIM. - Apakah yang akan berlaku jika saya tidak menggunakan sepenuhnya data Hotspot?
Setelah tamat tempoh bagi setiap kitaran bil, sebarang baki data Internet yang tidak digunakan dalam peruntukan data dalam kitaran bil tertentu tidak akan dibawa ke hadapan atau ke kitaran bil yang seterusnya. - Apakah yang akan berlaku sekiranya saya telah menggunakan kesemua data Hotspot di dalam kitaran bil?
Untuk terus menikmati perkhidmatan internet pada kelajuan yang lebih pantas, anda boleh membeli Tambahan Pascabayar Hotspot melalui aplikasi MyYes. - Adakah saya masih boleh mendapat panggilan suara tanpa had percuma sekiranya saya berada di luar Malaysia?
Tidak, panggilan suara tanpa had percuma hanya terpakai untuk kegunaan di Malaysia sahaja dan bukan untuk tujuan perayauan. Jika anda berada di luar Malaysia, anda boleh melanggan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa kami. Sila rujuk kepada kadar Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa yang diterbitkan di yes.my/roaming untuk butiran yang lebih lanjut. - Adakah saya masih boleh mendapat panggilan suara tanpa had percuma apabila saya menghubungi seseorang di luar Malaysia?
Tidak, panggilan suara tanpa had percuma tidak boleh digunakan untuk Perkhidmatan IDD. Oleh itu, caj akan dikenakan jika anda menghubungi seseorang di luar Malaysia. Sila rujuk kepada kadar caj di yes.my/roaming untuk maklumat yang lebih lanjut. - Adakah saya perlu meneruskan pembayaran Yuran Komitmen jika akaun Pakej Yes 5G RAHMAH saya disekat atau digantung dalam tempoh kontrak?
Jika akaun bagi Pakej Yes 5G RAHMAH anda disekat atau digantung, anda masih perlu membayar Yuran Komitmen bulanan sepanjang tempoh penggantungan. - Bolehkah saya menukarkan Pelan Perkhidmatan Yes sedia ada saya ke Pakej Yes 5G RAHMAH?
Ya, anda boleh ke Yes Store atau Rakan Niaga Yes atau hubungi yescare@yes.my untuk maklumat yang lebih lanjut. - Bolehkah saya menaik taraf Pakej Yes 5G RAHMAH dalam tempoh kontrak?
Maaf, tiada naik taraf atau turun taraf pelan bagi Pakej Yes 5G RAHMAH dibenarkan dalam tempoh kontrak. - Adakah terdapat sebarang caj yang dikenakan sekiranya saya menamatkan Pakej Yes 5G RAHMAH sebelum tamat tempoh kontrak?
Ya, jika anda masih di bawah tempoh kontrak, anda akan dikenakan Caj Penamatan Awal (ETC) bagi baki tempoh kontrak yang masih ada dari tarikh penamatan akaun. - Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai butiran telefon pintar seperti spesifikasi, pembaikan, penggantian dan waranti?
Anda boleh merujuk ke laman web rasmi pengilang atau menghubungi perkhidmatan pelanggan pengilang telefon pintar 5G untuk mendapatkan bantuan. - Saya masih belum menerima peranti saya. Siapakah yang perlu saya hubungi?
Anda boleh menyemak status pesanan anda di Semak Pesanan atau boleh menghantarkan soalan ke yescare@yes.my. Anda juga boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Gedung Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery untuk bersembang bersama Chatbot kami, Sofia atau menghantarkan soalan anda ke pusat perkhidmatan pelanggan dengan mencipta tiket dalam Aplikasi MyYes anda di bawah Akses Pantas dan klik pada ikon “YesCare”. - Bungkusan saya rosak, siapakah yang perlu saya hubungi?
Anda boleh menghantarkan soalan anda ke YesCare di yescare@yes.my. Anda juga boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Gedung Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery untuk bersembang bersama Chatbot kami, Sofia atau menghantarkan soalan anda ke pusat perkhidmatan pelanggan dengan mencipta tiket dalam Aplikasi MyYes anda di bawah Akses Pantas dan klik pada ikon “YesCare”. - Bagaimana jika saya mempunyai lebih banyak soalan yang tidak ditangani dalam Soalan Lazim ini?
Kami sedia untuk membantu! Sila hubungi YesCare di yescare@yes.my untuk sebarang pertanyaan. Anda juga boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Gedung Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery untuk bersembang bersama Chatbot kami, Sofia atau menghantarkan soalan anda ke pusat perkhidmatan pelanggan dengan mencipta tiket dalam Aplikasi MyYes anda di bawah Akses Pantas dan klik pada ikon “YesCare”.