- Apakah pelan FT5G Yes Pascabayar?
Pelan FT5G Yes (FT5G Yes Pascabayar RM49 dan FT5G Yes Pascabayar RM99 Bundle Peranti) adalah pelan yang menawarkan internet 5G tanpa had percuma untuk tempoh bermula dari tarikh anda melanggan mana-mana perkhidmatan tersebut sehingga 30 hari percuma, dari tarikh pengaktifan kad SIM (tertakluk kepada terma & syarat). - Dimanakah saya boleh membeli pelan FT5G Yes Pascabayar?
Anda boleh membeli mana – mana pelan FT5G Yes Pascabayar melalui laman web Yes di www.yes.my, pada aplikasi MyYes, dimana-mana kedai/kiosk Yes ataupun melalui pengedar Yes kami. - Bolehkah saya menukar talian sedia ada kepada pelan FT5G Yes Pascabayar?
Sila hubungi pegawai khidmat pelanggan YesCare kami di yescare@yes.my maklumat lanjut.Sebagai alternatif, anda juga boleh memuat turun aplikasi MyYes daripada gedung Android Play Store ataupun Apple App Store untuk mengemukakan soalan anda di MyYes, ataupun berbual dengan Chatbot Sofia atau pegawai khidmat pelanggan kami. - Apakah syarat umur minimum untuk melanggan pelan FT5G Yes Pascabayar?
Anda mesti berumur 18 tahun keatas untuk melanggan mana-mana pelan FT5G Yes Pascabayar. - Sebagai warga asing, bolehkah saya melanggan mana-mana pelan FT5G Yes Pascabayar?
Ya, anda layak melanggan pelan FT5G Yes Pascabayar kami. Walau bagaimanapun, caj deposit sebanyak RM200 akan dikenakan bagi setiap pelan yang anda langgani. - Apakah yang akan berlaku sekiranya saya tidak menggunakan peruntukan kapasiti data saya dengan sepenuhnya?
Pada tamat tempoh setiap kitaran pengebilan, sebarang baki data internet yang tidak digunakan dalam peruntukan kitaran tersebut tidak akan dibawa ke kitaran seterusnya. - Apakah yang akan berlaku jika saya menggunakan kesemua peruntukan kapasiti data saya sewaktu kitaran pengebilan?
Anda masih boleh menikmati akses internet pada kelajuan terhad iaitu sehingga 256kbps sahaja. Untuk memastikan kelajuan internet anda tidak terganggu, anda boleh membeli data tambahan melalui “Data Add-ons” Pascabayar pada aplikasi MyYes. - Adakah saya masih layak untuk mengambil bahagian dalam program Kasi Up Rujuk & Jana apabila melanggan pelan FT5G Yes Pascabayar?
Ya. Pelanggan FT5G Yes Pascabayar layak untuk mengambil bahagian dalam program Kasi Up Rujuk & Jana. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk terma & syarat Yes Kasi Up Rujuk & Jana. - Perlukah saya mengaktifkan kad SIM yang diterima dengan serta merta atau saya boleh berbuat demikian kemudian?
Setelah menerima kad SIM:-
(i) bagi pelan FT5G Yes Pascabayar, anda dikehendaki untuk mengaktifkan kad SIM tersebut dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan. Kegagalan mengaktifkan kad SIM tersebut akan mengakibatkan pembatalan akaun perkhidmatan secara automatik. Dalam keadaan sedemikian, yuran pelan dan sebarang bayaran terdahulu yang telah dibuat tidak akan dikembalikan
(ii) bagi pelan FT5G Yes Pascabayar RM99 Bundle Peranti, anda dikehendaki untuk mengaktifkan kad SIM tersebut dalam tempoh 7 hari selepas penerimaan. Kad SIM tersebut akan diaktifkan secara automatik selepas hari ke-7 jika anda gagal berbuat demikian. - Bolehkah saya mendapatkan panggilan suara tanpa had percuma meskipun berada di luar Malaysia?
Tidak. Perkhidmatan panggilan suara tanpa had percuma hanya boleh digunakan di Malaysia dan tidak boleh digunakan dalam perkhidmatan perayauan. Sekiranya anda berada di luar Malaysia, anda boleh melanggani Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa kami. Sila rujuk kadar Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa kami di https://www.yes.my/roaming. - Masih boleh saya dapat panggilan suara tanpa had percuma apabila menghubungi seseorang yang berada di luar Malaysia?
Tidak. Panggilan suara tanpa had percuma tidak terpakai ke atas perkhidmatan IDD. Oleh itu, anda akan dikenakan caj panggilan antarabangsa . Sila rujuk kadar yang dikenakan di https://www.yes.my/roaming. - Bolehkah saya mengekalkan nombor telefon bimbit saya yang sedia ada pada pelan FT5G Yes Pascabayar?
Ya, anda boleh port-in nombor telefon sedia ada ke pelan FT5G Yes Pascabayar semasa proses pengaktifan SIM. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://www.yes.my/keep-your-number/. - Adakah sebarang caj dikenakan jika saya menamatkan pelan FT5G Yes Pascabayar RM 99 sebelum tamat Tempoh Kontrak?
Ya, anda akan dikenakan Caj Penamatan Awal (ETC) untuk baki Tempoh Kontrak dari tarikh penamatan. - Bagaimana jika saya mempunyai sebarang soalan lain yang tidak terkandung dalam Soalan Lazim ini?
Anda boleh mengemukakan soalan tersebut ke yescare@yes.my.Sebagai alternatif, anda juga boleh memuat turun aplikasi MyYes daripada gedung Android Play Store, Huawei AppGallery ataupun Apple App Store untuk mengemukakan soalan anda di MyYes, ataupun berbual dengan Chatbot Sofia atau pegawai khidmat pelanggan kami.