- Siapakah yang layak untuk memohon Pelan Prabayar Yes LTE OKU?
Semua warganegara Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Malaysia sebagai “Individu Kelainan Upaya” (“OKU”) layak untuk menggunakan Pelan Prabayar Yes LTE OKU . Tertakluk kepada terma dan syarat. - Bolehkah anda terangkan dengan lebih lanjut mengenai Pelan Prabayar Yes LTE OKU?
Pelan Prabayar Yes LTE OKU adalah pelan prabayar dengan harga diskaun. Sila rujuk jadual di bawah untuk keterangan lanjut: –
a) Pek Permulaan Pelan Prabayar Yes LTE OKUPerincian Pelan OKU Yes LTE
Pek Permulaan Pelan PrabayarHarga Komersil RM10 Harga Diskaun RM5 Kapasiti Data Percuma 1GB 4G LTE
(Pengurangan had kelajuan ke 256kbps)Kredit Sedia Ada RM5 Tempoh Sah Akaun 45 hari Panggilan Suara (Luar Rangkaian) RM 0.09/min Caj SMS(Luar Rangkaian RM 0.09/SMS b)Data Tambahan OKU
Semua Jenis Data Prabayar Tambahan Harga Kapasiti Data 4G LTE Tempoh Sah
Data TambahanHotspot Kasi Up 1Day 1GB_RM1 RM1 1GB 1 hari – Kasi Up 2Days 2GB_RM2 RM2 2GB 2 hari – Kasi Up 3Days 3GB_RM3 RM3 3GB 3 hari – Kasi Up 5Days 5GB_RM5 RM5 5GB 5 hari – Kasi Up 7Days 10GB_RM10 RM10 10GB 7 hari – Kasi Up 30Days 10GB_RM15 RM15 10GB 30 hari – Kasi Up 30Days 20GB_RM20 RM20 20GB 30 hari – Kasi Up Unlimited_OKU
(sehingga 7 Mbps kelajuan)RM15 Tiada had* 30 hari 9GB Kasi Up Turbo 5GB_OKU
(Kelajuan LTE terbaik)RM2.50 5GB 24 jam dari tarikh pembelian – *Penstriman video adalah berdasarkan kualiti definisi standard.
- Bolehkah saya mendaftar untuk Pelan Prabayar Yes LTE OKU melalui wakil?
Sekiranya anda berumur dua belas (12) tahun ke atas dan akibat daripada kecacatan anda, anda tidak dapat mendaftar Pelan Prabayar Yes LTE OKU secara sendiri, anda boleh melantik wakil untuk mendaftar bagi pihak anda. Dalam keadaan sedemikian, Pelan Prabayar Yes LTE OKU akan didaftarkan terus di bawah nama wakil anda. - Apakah dokumen apa yang diperlukan untuk proses pendaftaran langganan pek permulaan Pelan Prabayar Yes LTE OKU?
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut: –(a) Sekiranya anda berumur 12 tahun ke atas dan berhasrat untuk melanggan Pelan Prabayar Yes LTE OKU dengan nama anda; sediakan kad pengenalan dan kad OKU asal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (“Kad OKU”);(b) Sekiranya anda berumur 12 tahun ke atas dan berhasrat untuk melanggan Pelan Prabayar Yes LTE OKU melalui wakil; sediakan kad Pengenalan, Kad OKU asal dan surat kebenaran yang menyatakan anda bersetuju untuk mendaftar Prabayar Yes LTE OKU atas nama wakil, dan juga Kad Pengenalan wakil; atau
(c) Sekiranya anda berumur di bawah 12 tahun, ibu bapa atau penjaga anda diminta untuk menunjukkan Kad Pengenalan, Kad OKU asal anda, sijil kelahiran atau dalam kes kanak-kanak di bawah jagaan penjaga yang sah, seperti bukti hak penjagaan penjaga yang sah . Untuk mengelakkan keraguan, dalam keadaan seperti itu, Pelan Prabayar Yes LTE OKU akan didaftarkan terus bawah nama ibu bapa atau penjaga anda yang sah.
- Berapa banyak pek permulaan Pelan Prabayar Yes LTE OKU yang boleh saya langgani?
Setiap Kad OKU yang sah boleh melanggan satu (1) pek permulaan Pelan Prabayar Yes LTE OKU sahaja. - Bagaimanakah saya boleh melanggan pek permulaan Pelan Prabayar Yes LTE OKU?
Anda boleh melanggan pek permulaan Pelan Prabayar Yes LTE OKU melalui mana-mana Kedai Yes di seluruh negara. Anda perlu memberikan Kad OKU dan menyediakan dokumen-dokumen yang disebut dalam jawapan kepada Soalan 4 di atas. Untuk senarai Kedai Yes berdekatan anda klik di sini! - Bagaimanakah cara untuk melanggan Prabayar Tambahan Kasi Up OKU?
Anda boleh melanggan Prabayar Tambahan Kasi Up OKU melalui:
• Kedai online Kami
• Aplikasi MyYes
• Kedai Yes atau Wakil Pengedar Yes - Sekiranya saya ialah pelanggan Yes Pascabayar atau Prabayar sedia ada, bolehkah saya menukar kepada pek permulaan Pelan Prabayar Yes LTE OKU?
Ya, anda boleh menukar ke Pelan Prabayar Yes LTE OKU selagi anda ialah warganegara Malaysia dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Malaysia sebagai “individu kelainan upaya”, OKU). - Berapa lamakah masa yang akan diambil untuk proses pertukaran daripada Pelan Perkhidmatan Pascabayar dan Prabayar sedia ada kepada Pelan Prabayar Yes LTE OKU ?
Penukaran kepada Pelan Prabayar OKU Yes LTE mengambil masa antara 3-5 hari bekerja. Sila lihat jawapan Kami pada Q4 di atas pada senarai dokumen. - Saya ialah pemegang Pelan Prabayar Yes LTE OKU tetapi saya tidak lagi memerlukan Pelan Prabayar 4G LTE OKU. Bolehkah saya memindahkan hak milik kepada orang lain?
Tidak boleh, Pelan Prabayar Yes LTE OKU tidak boleh dipindah milik.