- Apakah pelan Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam?
Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam adalah pelan khas yang menawarkan diskaun RM10 selama 12 bulan ke atas yuran komitmen bulanan anda ditawarkan kepada semua penjawat awam di Malaysia bersempena Bulan Kebangsaan.Anda boleh melayari yes.my atau rujuk pada Terma dan Syarat Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai tawaran dan kadar perkhidmatan pelan. - Siapakah yang layak untuk melanggan pelan ini?
Pelan ini terbuka kepada semua individu yang tinggal di Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas, yang memiliki MyKad atau MyPR atau MyTentera yang sah, yang mana berkenaan. - Bagaimanakah saya boleh memohon untuk pelan ini?
Anda boleh memohon pelan ini dengan mengunjungi Yes Store kami, cari Yes Store terdekat di sini dan melalui laman web yes.my. - Apakah tempoh pendaftaran bagi pelan ini?
Tempoh pendaftaran Pelan bermula dari 16 September 2023 sehingga diberitahu kelak. - Berapakah pelan Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam yang saya boleh daftarkan?
Anda boleh mendaftar satu (1) Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam dengan syarat anda tidak mempunyai lebih daripada maksima lima belas (15) akaun perkhidmatan pascabayar bersama Yes.
Setiap pelanggan hanya boleh menikmati jumlah diskaun sebanyak RM120. - Apakah tawaran bagi pelan Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam?
Penjawat awam akan menikmati diskaun RM10 selama 12 bulan ke atas komitmen bulanan untuk pelan yang ditawarkan di bawah;Nama Pelan Infinite Basic RAHMAH_Disc Infinite Standard RAHMAH_Disc Infinite Premium RAHMAH_Disc Infinite Ultra RAHMAH_Disc Komitmen Bulanan RM58
(+ RM3.48 SST)RM88
(+ RM5.28 SST)RM118
(+ RM7.08 SST)RM178
(+ RM10.68 SST)Data (5G/4G)* Data dan kelajuan 5G + 4G tanpa batasan Data dan kelajuan 5G + 4G tanpa batasan Data dan kelajuan 5G + 4G tanpa batasan Data dan kelajuan 5G + 4G tanpa batasan Hotspot (5G/4G)* 20GB 50GB 80GB 110GB Perkhidmatan Panggilan Domestik Di Dalam Rangkain Yes Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had Perkhidmatan Panggilan Domestik Di Luar Rangkaian Yes Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had Perkhidamatan SMS Domestik Di Dalam Rangkaian Yes Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had Perkhidmatan SMS Domestik Di Luar Rangkaian Yes RM 0.09 setiap SMS RM 0.09 setiap SMS RM 0.09 setiap SMS RM 0.09 setiap SMS Diskaun Diskaun RM10x12 bulan (selepas kontrak tamat, komitmen bulanan RM58) Diskaun RM10x12 bulan (selepas kontrak tamat, komitmen bulanan RM88) Diskaun RM10x12 bulan (selepas kontrak tamat, komitmen bulanan RM118) Diskaun RM10x12 bulan (selepas kontrak tamat, komitmen bulanan RM178) Pembayaran Pendahuluan Pelan RM48 (RM50.88 termasuk SST)
(rebat pada bulan pertama)RM78 (RM82.68 termasuk SST)
(rebat pada bulan pertama)RM108 (RM114.48
termasuk SST)
(rebat pada bulan pertama)RM168 (RM178.08 termasuk SST)
(rebat pada bulan pertama)Pembayaran Semasa Pendaftaran RM48 RM78 RM108 RM168 Jumlah Pembayaran Semasa Pendaftaran (Termasuk SST) RM50.88 RM82.68 RM114.48 RM178.08 - Apakah yang perlu saya lakukan untuk mendapat diskaun RM10 untuk 12 bulan ke atas yuran komitmen bulanan di bawah Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam?
Penjawat awam hanya perlu mengunjungi Yes Store dan berdaftar bagi pelan Yes dengan hanya memberikan dokumentasi penjawat awam atau ID kakitangan yang sah sebagai pengesahan. - Selepas tamat tempoh diskaun RM10 untuk 12 bulan ke atas yuran komitmen bulanan, bolehkah saya memohon sebarang lanjutan lanjut supaya saya boleh terus menikmati pengecualian Yuran Komitmen Bulanan?
Diskaun RM10 ke atas yuran komitmen bulanan adalah selama 12 bulan apabila anda berdaftar dalam tempoh promosi diskaun sahaja. Tiada lanjutan diskaun akan diberikan sekiranya melebihi bagi tempoh yang telah ditetapkan. - Bolehkah saya menggunakan nombor telefon sedia ada dari syarikat telekomunikasi yang lain dengan pelan Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam?
Sudah tentu! Anda boleh tukar ke Yes dengan nombor sedia ada, semasa atau selepas pengaktifan SIM. Sila rujuk pada “Kekalkan Nombor Anda” untuk maklumat yang lebih lanjut. - Apakah yang akan berlaku jika saya tidak menggunakan sepenuhnya data Hotspot?
Setelah tamat tempoh bagi setiap kitaran bil, sebarang baki data Internet yang tidak digunakan dalam peruntukan data dalam kitaran bil tertentu tidak akan dibawa ke hadapan atau ke kitaran bil yang seterusnya. - Apakah yang akan berlaku sekiranya saya telah menggunakan kesemua data Hotspot di dalam kitaran bil?
Untuk terus menikmati perkhidmatan internet pada kelajuan yang lebih pantas, anda boleh membeli Tambahan Pascabayar Hotspot melalui aplikasi MyYes. - Adakah saya masih boleh mendapat panggilan suara tanpa had percuma sekiranya saya berada di luar Malaysia?
Tidak, panggilan suara tanpa had percuma hanya terpakai untuk kegunaan di Malaysia sahaja dan bukan untuk tujuan perayauan. Jika anda berada di luar Malaysia, anda boleh melanggan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa kami. Sila rujuk kepada kadar Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa yang diterbitkan di yes.my/roaming untuk butiran yang lebih lanjut. - Adakah saya masih boleh mendapat panggilan suara tanpa had percuma apabila saya menghubungi seseorang di luar Malaysia?
Tidak, panggilan suara tanpa had percuma tidak boleh digunakan untuk Perkhidmatan IDD. Oleh itu, caj akan dikenakan jika anda menghubungi seseorang di luar Malaysia. Sila rujuk kepada kadar caj di yes.my/roaming untuk maklumat yang lebih lanjut. - Bolehkah saya menukarkan Pelan Perkhidmatan Yes sedia ada saya ke pelan Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam?
Ya, anda boleh ke Yes Store untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, dengan syarat anda tidak terikat dengan mana-mana kontrak. Insentif ini hanya untuk langganan bagi pelan SIM sahaja. - Bagaimana jika saya mempunyai lebih banyak soalan yang tidak ditangani dalam Soalan Lazim ini?
Kami sedia untuk membantu! Sila hubungi YesCare di yescare@yes.my untuk sebarang pertanyaan. Anda juga boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Gedung Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery untuk bersembang bersama Chatbot kami, Sofia atau menghantarkan soalan anda ke pusat perkhidmatan pelanggan dengan mencipta tiket dalam Aplikasi MyYes anda di bawah Akses Pantas dan klik pada ikon “YesCare”.