- Apakah program Ajak & Earn?
Program ini membolehkan pelanggan Yes untuk merujuk rakan dan keluarga ke perkhidmatan Yes. Kedua-dua perujuk dan yang dirujuk boleh mendapatkan ganjaran sekiranya kod rujukan digunakan bagi pembelian dan pengaktifan Pelan Pascabayar atau Prabayar berdasarkan pelan yang terpilih. - Apakah tempoh program ini?
Tempoh program adalah bermula dari 9 April 2025 sehingga diberitahu kelak. - Bagaimanakah cara untuk saya menyertai program ini?
Hanya kongsi pautan unik atau kod rujukan dengan rakan anda. Apabila rakan anda mendaftar dan mengaktifkan akaun Yes mereka, anda berdua akan mendapat ganjaran YesRM.
Untuk menggunakan pautan rujukan atau kod anda, hanya:
i. Log masuk ke aplikasi MyYes;
ii. Klik pada skrin Profil di halaman utama;
iii. Klik pada “Ajak & Earn”;
iv. Kemudian klik “REFER NOW.” - Apakah YesRM?
YesRM adalah ganjaran yang diperolehi oleh perujuk atau yang dirujuk apabila pautan rujukan (pautan unik) atau kod rujukan (Nombor Yes) digunakan bagi pendaftaran dan pengaktifan pelan Yes berjaya dilakukan, pelan terpilih bagi program ini adalah seperti di bawah;Pelan Terpilih Jumlah ganjaran
(YesRM)
Hari 7*
(YesRM)
Bulan 1
(30 Hari)*
(YesRM)
Bulan 2
(60 Hari)*
(YesRM)
Bulan 3
(90 Hari)*
(YesRM)
Bulan 4
(120 Hari)*
(YesRM)
FT5G RM30 Unlimited (Yes Prepaid FT5G Plan) 5 5 Yes Power 35 Postpaid Plan 30 10 10 10 SuperJimat Power 35 30 10 10 10 SuperJimat Infinite Basic 50 20 10 10 10 Infinite Basic 50 20 10 10 10 Infinite Standard 50 20 10 10 10 Infinite Premium 50 20 10 10 10 Infinite Ultra 50 20 10 10 10 Infinite+ Basic 50 20 10 10 10 Infinite+ Standard 50 20 10 10 10 Infinite+ Premium 50 20 10 10 10 Infinite+ Ultra 50 20 10 10 10 Infinite Basic 12M 50 20 10 10 10 Infinite Standard 12M 50 20 10 10 10 Infinite Premium 12M 50 20 10 10 10 Infinite Ultra 12M 50 20 10 10 10 Yes 5G Wireless Broadband Gateway 12M 50 20 10 10 10 Yes 5G Wireless Broadband Gateway 50 20 10 10 10 Yes 5G Wireless Broadband Flexi 50 20 10 10 10 *Tempoh ganjaran YesRM bermula dari tarikh pengaktifan perkhidmatan Pelan Perkhidmatan terpilih yang dilanggan oleh yang dirujuk. Perujuk adalah tidak akan layak menerima sebarang ganjaran jika yang dirujuk melanggan Pelan Perkhidmatan yang terpilih melalui mana-mana saluran selain dari aplikasi MyYes atau Kedai Dalam Talian Yes (YOS).
**Setiap 1 YesRM yang diperoleh dan ditebus adalah bersamaan dengan RM1. YesRM hanya boleh digunakan untuk tujuan penebusan, tertakluk pada Terma dan Syarat Program Ajak & Earn. - Berapa ramai yang boleh saya rujuk?
Anda boleh merujuk seramai yang anda mahu! - Bolehkah saya memindahkan atau menyerahkan kod rujukan saya kepada orang lain?
Tidak, anda tidak boleh memindahkan atau menyerahkan kod rujukan anda kepada orang lain. - Di manakah saya boleh menyemak status rujukan dan ganjaran saya?
Anda boleh menyemak status rujukan dan ganjaran yang diperolehi dengan log masuk ke aplikasi MyYes dan klik pada ‘Ganjaran’ di halaman utama. - Adakah saya akan dikecualikan dari menyertai Program Ajak & Earn jika pelan saya tiada di bawah Pelan Perkhidmatan yang terpilih?
Anda boleh menyertai program jika anda adalah pelanggan Yes. Hanya kongsi Kod Rujukan, dan jika rujukan anda mendaftar dan Berjaya mengaktifkan akaun di bawah Pelan Perkhidmatan yang terpilih seperti Soalan Lazim 4, anda akan layak untuk mendapatkan ganjaran. - Bilakah saya boleh menebus ganjaran YesRM?
Anda boleh menebus ganjaran YesRM sebaik sahaja dipaparkan di dalam Dompet (Wallet) anda. Anda boleh:
(a) Memohon hanya satu (1) pengeluaran YesRM dalam sehari, dan
(b) mengeluarkan minimum RM50 atau maksimum RM5,000 YesRM setiap hari
Tambahan lagi, anda hanya dibenarkan melakukan pengeluaran bagi YesRM maksimum sejumlah RM20,000 sebulan. - Adakah saya masih boleh menuntut ganjaran YesRM dari Dompet (Wallet) selepas perkhidmatan akaun saya ditamatkan?
Tidak. Sebaik sahaja perkhidmatan akaun anda ditamatkan, anda tidak lagi boleh menuntut ganjaran YesRM lagi. - Apakah yang berlaku jika rujukan saya menamatkan akaun sebelum melengkapkan tempoh ganjaran YesRM yang ditetapkan?
Jika rujukan menamatkan akaun sebelum semua ganjaran dituntut, ganjaran bagi baki bulanan yang masih tinggal, tidak lagi boleh dituntut. - Bagaimanakah saya boleh menggunakan ganjaran YesRM di dalam Dompet (Wallet) saya?
Anda boleh:
(a) Pengeluaran YesRM
(b) Bayar bil anda
(c) Tambah nilai Prabayar
(d) Tambah nilai data (kecuali Data Perayauan) - Bagaimanakah cara untuk mengeluarkan ganjaran YesRM yang diperolehi?
1. Muat turun aplikasi MyYes dan log masuk
2. Klik pada “Rewards” di halaman utama;
3. Klik “Redeem”;
4. Pilih “Cash Out”;
5. Masukkan maklumat bank, peribadi serta jumlah yang ingin dikeluarkan;
6. Klik “Request TAC”;
7. Masukkan nombor TAC 6 digit yang dihantar melalui SMS ke telefon nombor berdaftar; dan
8. Klik “Submit”. - Bagaimanakah cara untuk menggunakan ganjaran YesRM untuk membayar bil?
1. Muat turun aplikasi MyYes dan log masuk;
2. Klik pada “Rewards” di halaman utama;
3. Klik “Redeem”;
4. Klik “Bill Payment Option”;
5. Klik “Pay Outstanding Amount”;
6. Pilih saluran pembayaran “My Rewards”; dan
7. Klik “Pay Now” untuk melengkapkan pembayaran. - Bagaimanakah cara untuk menggunakan ganjaran YesRM untuk tambah nilai bagi pelan Prabayar?
1. Muat turun aplikasi MyYes dan log masuk;
2. Klik pada “Rewards” di halaman utama;
3. Klik “Redeem”;
4. Klik “Reload Option”;
5. Pilih amaun tambah nilai;
6. Pilih saluran pembayaran “My Rewards”; dan
7. Klik “Pay Now” untuk melengkapkan pembayaran. - Bagaimanakah cara untuk menggunakan ganjaran YesRM untuk Data Tambahan?
1. Muat turun aplikasi MyYes dan log masuk;
2. Klik pada “Rewards” di halaman utama;
3. Klik “Redeem”;
4. Klik “Buy Add-Ons”;
5. Pilih jenis Add-Ons;
6. Pilih saluran pembayaran “My Rewards”; dan
7. Klik “Pay Now” untuk melengkapkan pembayaran. - Bolehkah saya menggunakan ganjaran YesRM untuk membayar bil, tambah nilai akaun Prabayar ataupun data tambahan sekiranya akaun perkhidmatan saya telah digantung?
Anda boleh menggunakan ganjaran YesRM di dalam Dompet (Wallet) untuk membayar bil, tambah nilai akaun Prabayar atau data tambahan walaupun akaun perkhidmatan anda digantung. Anda hanya tidak boleh mengeluarkan ganjaran YesRM tersebut selagi akaun anda digantung. - Adakah terdapat tarikh luput untuk saya menebus ganjaran YesRM di dalam Dompet (Wallet)?
Tidak. Tiada tarikh luput bagi ganjaran YesRM yang berada di dalam Dompet (Wallet) anda. - Berapa lamakah proses ganjaran YesRM akan di masukkan ke dalam akaun bank saya?
Proses ini bergantung kepada polisi GIRO bank anda. Sila rujuk pada bank anda sekiranya memerlukan bantuan lanjut. - Bagaimana jika saya mempunyai soalan lazim tambahan?
Kami di sini untuk membantu! Hubungi Yes melalui pilihan mudah:
i. Berbual bersama Sofia di yes.my.
ii. Muat turun aplikasiMyYesdari Google Play, Apple App Store, atau Huawei AppGallery untuk berbual dengan Sofia bagi sokongan segera, atau hantar tiket di bawah Akses Pantas dan klik pada ikon ‘YesCare’ untuk bantuan lebih lanjut.
iii. E-mel kami di yescare@yes.my untuk bantuan lebih lanjut. Kami sentiasa di sini untuk sebarang bantuan!