- Apakah itu Pakej Yes Remaja Keluarga Malaysia?
Promosi Pakej Yes Remaja Keluarga Malaysia (“Promosi”) adalah inisiatif oleh Kerajaan Malaysia dengan kerjasama YTL Communications Sdn Bhd (Syarikat No.200701035605 (793634-V)) (“YTLC”). Tertakluk kepada terma dan syarat. - Siapakah yang layak untuk Promosi ini?
Promosi ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang memuaskan syarat-syarat berikut:-
(i) Individu di bawah umur 21 tahun dan memiliki MyKad, MyPR atau MyTentera yang sah, mana-mana yang terpakai; atau
(ii) Individu yang berumur 21 tahun dan ke atas dan memiliki MyKad, MyPR atau MyTentera yang sah dan ID Pelajar. - Apakah tempoh Promosi ini?
Tempoh Promosi bermula dari 15th October 2021 sehingga 31 Mac 2024. - Bagaimanakah saya boleh memohon untuk Promosi ini?
Sekiranya anda ialah Pelanggan Yang Layak, anda boleh memohon untuk Promosi ini melalui melalui aplikasi MyYes , Yes Online Store atau Yes Stores sahaja. *Mulai 4 November 2022, Promosi Pakej Yes Remaja Keluarga Malaysia boleh dimohon melalui Yes Store sahaja. - Berapa banyak Pakej Promosi yang boleh saya daftarkan?
Pelanggan Yang Layak boleh melanggan lebih daripada satu Pakej Promosi dengan syarat dia hanya boleh mendaftar sehingga lima (5) nombor telefon mudah alih prabayar. - Adakah Pakej Promosi mempunyai sebarang tarikh luput?
Tempoh sah tawaran perkhidmatan di bawah Pakej Promosi ialah sembilan puluh (90) hari sahaja dari tarikh pengaktifan Pakej Promosi secara berjaya. Ini bermakna anda tidak boleh menggunakan tawaran perkhidmatan di bawah Pakej Promosi selepas Pakej Promosi tersebut luput. - Adakah saya perlu menebus Data LTE tambahan 1GB setiap hari secara manual?
Ya, anda boleh menebus data tambahan sekali setiap hari secara manual melalui aplikasi MyYes. - Adakah Pakej Promosi tersebut membenarkan anda untuk menyertai Program Kasi Up Rujuk dan Jana?
Ya, anda boleh menyertai Program Kasi Up Rujuk & Jana setelah pengaktifan akaun perkhidmatan anda di bawah Pakej Promosi dengan berkongsi kod rujuk anda dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Untuk butir-butir lanjut, sila rujuk kepada Yes Kasi Up Refer & Earn Terms and Conditions. - Saya telah menerima SIM, bagaimanakah untuk saya mengaktifkannya dan menggunakan data dengan segera?
Untuk mengaktifkan Kad SIM:-Berhubung dengan Pelanggan Baru
(i) Muat turun aplikasi MyYes
(ii) Pada halaman log masuk, tekan “Pengguna Baru”;
(iii) Klik ” Aktifkan SIM” dan ikuti langkah-langkah pengaktifan diri di skrin; dan
(iv) Sebaik pengaktifan berjaya, anda boleh log masuk ke akaun perkhidmatan melalui nombor telefon dan kata laluan yang dihantar ke e-mel anda. Anda juga boleh log masuk menggunakan kaedah TAC sekiranya tidak menemui kata laluan anda.Berhubung dengan Pelanggan Yes
(i) Log masuk ke aplikasi MyYes
(ii) Klik “Aktifkan SIM” di bawah Akses Pantas dan ikuti langkah-langkah pengaktifan diri di skrin; dan
(iii) Sebaik pengaktifan berjaya, anda boleh log masuk ke akaun perkhidmatan melalui nombor telefon dan kata laluan yang dihantar ke e-mel anda. Anda juga boleh log masuk menggunakan kaedah TAC sekiranya tidak menemui kata laluan anda. - Adakah anda dibenarkan untuk membawa ke hadapan sebarang data yang tidak digunakan di bawah Pakej Promosi setelah tamah Tempoh Sah Akaun?
Tidak, anda tidak boleh membawa ke hadapan sebarang data yang tidak digunakan di bawah Pakej Promosi setelah tamat Tempoh Sah Akaun. Sebarang baki data internet yang tidak digunakan akan dilucutkan setelah luput Tempoh Sah Akaun. - Bolehkah saya membeli Data Tambahan Prabayar sebelum tamat Tempoh Sah Akaun?
Ya, anda boleh membeli Data Tambahan Prabayar sebelum tamat Tempoh Sah Akaun. - Adakah terdapat sebarang caj yang dikenakan berkenaan dengan panggilan di dalam rangkaian (On-Net Voice Calls)?
Semua panggilan tempatan di dalam rangkaian adalah percuma. Walau bagaimanapun, caj akan dikenakan berkenaan dengan semua panggilan antarabangsa, roaming dan IDD dan SMS berdasarkan kepada kadar panggilan suara dan SMS yang terkandung di dalam https://www.yes.my/roaming. - Adakah caj akan dikenakan semasa saya membuat panggilan ke luar rangkaian yang lain?
Ya, panggilan ke luar rangkaian penyedia perkhidmatan yang lain akan dikenakan dengan kadar standard. Sila rujuk jadual di bawah:-
Jenis perkhidmatan di luar rangkaian Harga (RM) Panggilan Suara RM 0.09/minit SMS RM 0.09/SMS - Bagaimanakah jika saya mempunyai lebih banyak soalan yang tidak dijawab dalam Soalan Lazim ini?
Anda boleh merujuk laman web ini untuk maklumat lebih lanjut atau anda boleh menghantarkan e-mel ke yescare@yes.my. Sebagai alternatif, anda boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Android Play Store, Huawei AppGallery atau Apple App Store untuk berbual bersama Chatbot Sofia atau khidmat pelanggan Yes kami, atau untuk mengemukakan pertanyaan anda melalui aplikasi MyYes.